"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apa yang Umno telah lakukan di Negeri Sembilan?

Mohsin Abdullah

Ismail Lasim menafikan pernah meletak jawatan, namun surat peletakan jawatannya tetap dihantar ke istana, mencetuskan persoalan terhadap tindakan Umno.

Now that Ismail Lasim sudah buat pengakukan terbuka bahawa beliau tidak pernah letak jawatan menteri besar Negeri Sembilan, persoalan penting ialah siapa yang mengutus ‘surat peletakan jawatannya’ kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan?

Persoalan ini amat penting kerana pada hemat saya pihak yang mengutus surat itu telah membohongi atau cuba membohongi Tuanku Muhriz Tuan Munawir.

Apa tidaknya kerana pihak itu telah memaklumkan perkara yang nampaknya tidak benar dan mahu baginda mempercayai isi kandungan surat itu mengenai peletakan jawatan menteri besar.

Orang atau orang-orang yang terlibat dengan penghantaran surat itu saya kira tidak sangka akan reaksi Yang Dipertuan Besar sebaik menerima surat itu. Atas kebijaksanaan Tuanku Muhriz, Istana Negeri Sembilan menegaskan (ketika itu) belum mengesahkan ketulenan surat itu meskipun menurut Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir ia telah ditandatangani Ismail.

Sebelum berbicara lanjut elok kita imbau kembali kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan Azizi Mohamad Ali yang dikeluarkan 17 Nov lalu berbunyi begini:

“Istana Negeri Sembilan mengambil maklum akan kenyataan Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Agung Barisan Nasional berhubung peletakan jawatan Ismail Lasim sebagai menteri besar Negeri Sembilan.

Kenyataan itu dimuat naik di media sosial pada 10 malam 16 Nov dan kelihatan berdasarkan salinan surat peletakan jawatan yang berada dalam milikan beliau.

Surat peletakan itu telah dihantar ke Istana Hingap Seremban pada 12.16 pagi 17 November”.

Bagi saya ini amat janggal. Zambry telah menghebahkan ‘peletakan jawatan’ Ismail pada malam 16 Nov tetapi ‘surat peletakan jawatan’ Ismail dihantar ke Istana Hinggap hanya pada keesokan hari yakni 17 Nov.

Bukankah ini bermakna Zambry sudah mengumumkan peletakan jawatan Ismail long before Yang Dipertuan Besar dimaklumkan? Is this proper dalam urusan dengan istana?

Berbalik kenyataan Pengelola Bijya Diraja Istana Negeri Sembilan yang disebut tadi: “Surat itu diserahkan oleh seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Hamidi daripada firma guaman Shahrul Hamidi & Haziq”

Aneh. Jika saya mahu letak jawatan misalnya daripada syarikat tempat saya bekerja, saya akan umum sendiri my resignation. Bukan orang lain yang umum.

Dan surat peletakan jawatan akan saya serah sendiri kepada majikan bukan meminta pihak lain melakukannya.

Dalam kes ‘peletakan jawatan’ Ismail adakah ‘molek’ menyerahkan surat kepada Yang Dipertuan Besar menerusi third party? Dan tidak menghadap untuk mempersembahkan surat personally?

Ada lagi yang dihuraikan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan. Menurut beliau: “Pada jam 6.38 petang,semalam (16 Nov 2026 ) Setiausaha Sulit Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah menyampaikan kepada Ismail melalui aplikasi WhatsApp perkenan Tuanku Muhriz untuk menghadap seperti yang dipohon oleh menteri besar itu.

Perkara tu telah diakui terima oleh Ismail dan acara menghadap telah ditetapkan pada pukul 10 pagi Jumaat (20 Nov).

Perkenan untuk menghadap itu telah diberikan 80 minit lebih awal sebelum siaran media Zambry yang memaklumkan peletakan jawatan itu.

Aneh dan pelik. Ismail yang memohon menghadap bertindak ‘meneruskan hasrat letak jawatan’ (yang diumum Zambry) setelah tahu Yang Dipertuan Besar telah perkenankan permohonannya?

Berbalik pula kepada kenyataan setiausaha agung BN itu. Kata Zambry pengerusi gabungan itu Zahid Hamidi sudah menerima salinan suara peletakan jawatan Ismail yang diutuskan kepada Yang Dipertuan Besar.

“Pengerusi Barisan Nasional akan mengemukakan cadangan calon menteri besar yang baharu untuk dipersembahkan ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilsn selaras dengan peruntukan Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan”.

Zahid insisted Ismail resigned voluntarily. Beliau juga memberitahu media hanya satu nama akan dipersembahkan. Ini menurut saya tidak beri Yang Dipertuan Besar banyak pilihan. Atau tidak beri pilihan langsung.

Apa pun itu sudah tidak terpakai kerana hari ini Yang Dipertuan Besar bertitah supaya Ismail teruskan tugas sebagai menteri besar. Ini kata Ismail pada sidang medianya selepas menghadap Tuanku Muhriz.

Saya ulangi apa kata Ismail pada sidang media itu “Saya tak pernah setuju surat ini dihantar dan saya pun tak hantar sendiri surat ini kepada Tuanku. Saya hanya tahu melalui media sosial.”

Namun Ismail mengaku surat peletakan jawatan semenagnya ada dalam simpanan pimpinan parti namun tidak dinyatakan sebabnya.

Setahu saya ada parti mewajibkan Ahli Parlimen dan Adun yang mewaklinya menandatangnai surat melepaskan jawatan atau kedudukan dalam usaha memastkan mereka tidak lompat parti.

The pre signed resignation letter will be released in the event of crossing over to other parties. Ini amalan lazim sebelum ada anti hopping law.

Bagaimanapun boleh dirumuskan penjelasan Ismail diterima Yang Dipertuan Besar pada upacara menghadap semalam. Lantas baginda mahu Ismail kekal sebagai menteri besar.

Bagi saya episod Negeri Sembilan tamparan hebat kepada BN khususnya Umno yang selama ini megah mendakwa ia mempertahakan Raja-Raja Melayu dn kedaulatan Istana.

Di Negeri Sembilan tidak boleh dinafikan Umno mendekati (bersekongkol?) kumpulan yang cuba menurunkan Tuanku Muhriz daripada takhta dan gagal.

Kesimpulan terbaik saya kira dibuat oleh Naib Pengerusi DAP Syahredzan Johan “Semua tindakan ini adalah berasaskan suatu perkara yang terbukti tidak benar. Ismail Lasim tidak pernah letak jawatan.”

Adakah Umno cuba untuk memperdayakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan rakyat dalam hal ini?

Nota kaki:  Terbaharu, lewat petang ini Azizi mengeluarkan kenyatan menyatakan Ismail perlu menunjukkan beliau mendapat sokongan majoriti Adun untuk terus memegang jawatan menteri besar.

Kenyataan itu juga berkata tidak tepat dan tidak berdasarkan fakta untuk mengatakan Istana mahu Ismail kekal sebagai menteri besar memandangkan beliau sendiri menegaskan tidak meletakkan jawatan.

Menurutnya, pihak Istana akan mematuhi sepenuhnya konvensyen dan peruntukan perlembagaan.

Tiada ulasan: