"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

ADUN PKR Sabah letak jawatan?

Khabar angin tersebar bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam daripada PKR Roland Chia sedia meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

Jika berlaku, sebuah pilihan raya kecil akan dapat disaksikan di negeri di bawah bayu itu.

Roland di Facebook menulis bahawa beliau akan meletakkan jawatan ekoran masalah kesihatan dan berterima kasih kepada pengundi Inanam atas sokongan selama 17 bulan menjadi wakil mereka.

Malaysiakini cuba menghubungi Roland sendiri bagi mengesahkan perkara itu.

PKR memberitahu Malaysiakini bahawa mereka belum menerima sebarang pengesahan rasmi walaupun menyedari dan maklum akan status Roland di laman sosial itu.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: