"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

(Gambar) Remaja kantoi cabul jurujual: “Saya sudah usik amoi. Sudah kena tangkap.”


Melaka: “Saya sudah usik amoi. Sudah kena tangkap.” Demikian ayat pada kad yang digantung pada leher seorang lelaki selepas dia didakwa mencabul kehormatan seorang pekerja premis perniagaan di Dataran Pahlawan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.10 petang itu, lelaki berusia 20 tahun itu dipaksa mengelilingi kawasan itu sebagai ‘hukuman’ selepas dia ditahan orang ramai.

Difahamkan, mangsa berusia 18 tahun berseorangan menjaga premis perniagaan di pusat beli-belah terkemuka itu sebelum didatangi suspek yang menyamar pelanggan.

Menurut sumber, lelaki itu berpura-pura melihat baju Melayu yang dijual sebelum memeluk, mencium pipi dan bibir mangsa.
“Lelaki terbabit melarikan diri selepas mencabul mangsa,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, mangsa bagaimanapun dapat memegang kaki lelaki terbabit dan menjerit meminta tolong sebelum diseret hingga ke luar kedai.

Sumber berkata, orang ramai yang menyedari kejadian segera membantu memberkas lelaki itu sebelum menghubungi polis.

“Orang ramai turut ‘menghukum’ lelaki itu dengan menggantung kad tertera kesalahan dilakukan dan diarah berjalan di sekitar pusat beli-belah itu.

“Lelaki terbabit diserahkan kepada polis yang tiba tidak lama kemudian,” katanya.

Menurutnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah sejurus kemudian.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya ketika dihubungi.
-hmetro-

1 ulasan:

Unknown berkata...

Padan muka pun x x padan mukapun x. Bila ku tenang kembali, x leh nak salahkan budak tu kerana sistem negara dah rosak islamumno baik kafir singapura perintah walaupun sekular macam malaysia sekular juga tapi dia martabatkan undang undang dia, maka org yg nak bertindak ikut nafsupun akan tersentot dari bertindak, maka selamatlah org tu juga masyarakt.