"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adik Najib rancang tubuh parti baru

Ahli pembankan Datuk Seri Nazir Abdul Razak, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah memulakan inisiatif untuk membentuk sebuah parti politik bukan partisan yang baru untuk mendekati semua kaum, Lapor Asia Sentinel.

Laporan itu berkata parti baru itu bertujuan untuk "melakar semula landskap politik negara" dan menamatkan politik perkauman.

Nazir, yang mengetuai Bank CIMB, dilaporkan telah menemui bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Saifuddin Abdullah, salah seorang daripada beberapa pemimpin Umno yang berfikiran liberal, untuk memimpin parti baru.


"Rakan-rakan Nazir telah menasihati beliau supaya menjadi penggerak utama, atau ia tidak akan berhasil.

"Saifuddin (gambar), walaupun dihormati sebagai seorang sederhana, tetap tidak mempunyai pengaruh yang meluas untuk menarik sokongan," kata laporan itu.

Laporan Asia Sentinel muncul di tengah-tengah kemelut perpecahan Pakatan Rakyat dan hubungan yang semakin selesa di antara PAS dan Umno.

Ini, kata laporan itu, telah membuka ruang terhadap kemungkinan penjajaran semula politik, kerana parti komponen BN mungkin mengetepikan Umno untuk mencari rakan-rakan yang lebih baik.

Nazir, yang merupakan ahli pembankan yang dihormati dan anak perdana menteri kedua Malaysia, boleh menyediakan platform untuk gabungan baru, katanya.

Sejak beberapa bulan yang lalu, Nazir dilihat kritikal terhadap dasar-dasar Putrajaya, terutamanya dalam pengendalian kontroversi 1MDB, dan ini memberi kredibiliti kepadanya.

Laporan itu menyatakan bahawa Nazir dan sekutunya sangat mampu untuk menyediakan dana yang diperlukan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: