"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adun PAS Selangor dah kecut gesa kukuhkan Pakatan Rakyat, tapi dah terlambat

HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pertemuan Ahli-Ahli Dewan Negeri PAS dari Selangor hari ini menggesa agar usaha-usaha dilakukan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata ia selaras dengan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 lalu yang menegaskan bahawa PAS komited terhadap Pakatan Rakyat.

"Di dalam satu pertemuan di Shah Alam, kami bersetuju agar semua pihak mesti berusaha untuk memulihkan hubungan di dalam pakatan tersebut.

"Walaupun terdapat banyak cabaran tetapi kami yakin ketiga-tiga parti berupaya menangani sebarang masalah yang timbul dengan bijaksana melalui perundingan," ujarnya dalam satu kenyataan.

PAS negeri juga, ujar beliau menggesa agar hubungan di peringkat akar umbi dijalin dan diperkukuhkan.

"Negara kita sedang berhadapan dengan pelbagai krisis dan rakyat semakin tertekan akibat kos sara hidup yang meningkat," katanya yang juga exco kerajaan negeri.

Tambahnya, Pakatan Rakyat merupakan sinar harapan bagi rakyat dan keyakinan yang telah diberikan oleh mereka selama ini tidak seharusnya disia-siakan.

Di Selangor, ujar beliau rakyat telah dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik menerusi dasar bersama Pakatan Rakyat yang menitikberatkan ketelusan, memerangi rasuah, peluang ekonomi yang adil, kediaman mampu milik dan polisi-polisi baru yang lain.

Menurutnya, usaha-usaha di negeri itu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali perlu diteruskan agar Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor terus kukuh demi kebajikan dan masa depan rakyat.

"Semoga kecemerlangan Pakatan Rakyat di Selangor akan menjadi contoh dan pendorong kepada seluruh rakyat Malaysia membuat keputusan untuk menamatkan keangkuhan Barisan Nasional," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS

2 ulasan:

Abuarif berkata...

Harap pr lebih waras.. Semua pengkhianat patut kluar walaupun depa berserban taraf sama di sisi Allah.. Mungkir janji kata hodoh sesama sendiri dan menghina sesama sendiri elok bg blah aja... Aku xsuka dh kat pas bwh hadi.. Sudah terlambat utk depa pusing balik.. Depa geng penghafal bukan pakai otak.. Xminta dgn Allah pun.. Kata buat istikharah tetapi nampak sgt keputusan mereka demi pulus... D cdgkan terima parti baru yg lebih islamik dan bekerje utk kesejahteraan rakyat seluruhnya bukan utk melayu aja...

fazurybeuteq berkata...

Awas,kalau mereka2 ini dibiarkan kekal dalam kerjaan selangor kemungknan besar mereka ini juga akan menjadi racun dan yang akan mengorek buntut kapal pakatan ,INGAT mereka tetap berdendam.jenis tak sedar diri.AZMIN.janagn bagi peluang kepada pengkhianat kawan.