"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Teka-teki 'hidup baru' Mat Sabu

Walaupun Presiden PAS menganggap Pakatan Rakyat masih ada, Mohamad Sabu pula berpendapat gabungan tiga parti pembangkang itu memang sudah tiada.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata, realiti politik menunjukkan Pakatan sudah berpecah, sama ada dalam bentuk 'mati' atau 'pengsan'.

"Jadi kalau nak kata Pakatan masih wujud, kita kena minta dia (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bagi penjelasanlah. Bagi saya Pakatan sudah berpecah dan sedang berpecah," katanya kepada media malam tadi.

Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mendakwa Pakatan masih 'hidup' walaupun DAP mengumumkan gabungan berkenaan sudah berakhir.

Satu lagi parti yang sebelum ini membentuk Pakatan ialah PKR.

Dalam muktamar PAS lalu, Mohamad serta pemimpi lain yang berhaluan progresif tersingkir  langsung daripada barisan pimpinan parti berkenaan.

Sesetengah pihak mendakwa penyingkiran itu berlaku ekoran campur tangan kumpulan ulama konservatif yang mengedarkan senarai calon yang perlu diundi perwakilan.

Mengenai masa depannya serta pemimin yang diketepikan itu Mohamad berkata, setakat ini beliau masih lagi ahli PAS dan akan terus berceramah selagi ada jemputan

Pada masa sama, katanya, beliau sedang melihat perkembangan semasa.

Ditanya sehingga bila 'penantian' itu akan berlajutan, Mohamad berkata beliau memberi tempoh sehingga Aidilfitri ini untuk membuat langkah susulan.

"Sama ada nak terus jadi ahli biasa ataupun bersama dengan NGO ataupun kita melangkah ke kehidupan baru, bukan parti baru, pada masa akan datang. New life," katanya.
-malaysiakini-

1 ulasan:

Rod berkata...

Bang Mat buka pari baru...saya akan ikut.