"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aku Pilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS

Zin mahmud
Aku mula kenal Mat Sabu pada tahun 1987 ketika aku bertugas di Harakah. Beliau sering datang ke Harakah dan perawakan cerianya dan gelak besarnya dapat didengar dari jauh.

Mat Sabu selalu datang dengan pengikutnya. Ada saja pengikutnya yang bersama beliau.
Kami sering minum di Restoran Haslam atau gerai di Pejabat Agung PAS di Jalan Pahang Barat. Masa itu Harakah berpejabat di tingkat atas bangunan yang sama.

Turut sama kami selalunya ialah Malek Hussein yang bekerja dengan Pejabat Agung. Mat Sabu tidak asing dengan Harakah kerana beliau pernah kerja di situ sebelum kehadiran aku.

Mat Sabu menerima aku sebagai sebahagian daripada kumpulannya walaupun ketika itu aku bukan ahli PAS, bukan aktivis, cuma penyokong dan bekerja dengan akhbar parti.

Tetapi kami sealiran dari segi bahawa kami adalah dari kalangan penyokong Revolusi Iran dalam PAS seperti mana kesemua petugas Harakah ketika itu. Ciri penting golongan penyokong Revolusi Iran ialah kepentingan membela kebajikan rakyat susah dalam sesuatu perjuangan getakan Islam.

Mat Sabu sering mendapat liputan oleh Harakah kerana bukan saja beliau sealiran dan rapat dengan kami, tetapi beliau aktif berceramah dan kenyataan kenyataannya layak jadi berita.

Ini menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pemimpin pemimpin lain yang kurang mendwpat liputan.

Pada masa itu Mat Sabu adalah salah seorang pemimpin Pemuda PAS. Dan dirasakan bahawa Pemuda kurang bertenaga dan mereka perlu mencari aktivis baru terutwma di kalangan bekas aktivis pelajar.

Aku sebenarnya belum begitu rapat dengan mereka ketika itu. Namun pada satu malam mereka mengajak aku turut serta dalam misi mencari aktivis aktivis baharu.

Sasaran mereka ialah untuk memujuk Husam Musa supaya aktif. Ketika itu Husam bekerja membantu Persatuan Sains Sosial Malaysia pimpinan Dr Husin Ali.

Aktivis lain yang petnah bekerja untuk persatuan itu ialah Shabery Cheek.

Kami pergo ke rumah sewa Husam di pinggiran Damansara Utama. Mat Sabu memujuk beliau untuk aktif dalam Pemuda Aku hanya menemani mereka dan tidak terlibat dengan perbincangan. Aku rasa Abd Rahim Kassim ada bersama.

Tidak lama kemudian Husam menyertai Harakah dan kemudian Pejabat Agung untuk aktif sepenuh masa dengan parti.

Mat Sabu kemudian ditahan ISA dan aku meninggalkan Harakah dan menerbitkan majalah Dunia Islam pada tahun 1988.

Setelah beberspa keluaran aku terbitkan, UMNO berpecah dan Parti Semangat 46 ditubuhkan. Terdapat rundingan antara PAS dengan Semangat 46 untuk menubuhkan pakatan politik.

Ahli ahli PAS berbelah bahagi. Ada yang menyokong kerjasama dan ara pula menolak.
Mat Sabu pula baru dibebaskan ISA dan beliau ambil pendirian untuk menolak kerjasama dengan Semangat 46. Ada penyokong menghubungi aku dan mengatur satu interviu dengan Mat Sabu.

Aku pun dibawa berjumpa Mat Sabu di rumahnya di Shah Alam pada satu petang. Turut serta ialah Ahmad Lutfi Othman Maka keluaran Dunia Islam di muka depan pada bulan itu ialaj Hizbullah tolak S46.

Hizbullah merujuk kepada kumpulan yang menyokong Mat Sabu.

Tetapi kemudian pucuk pimpinan PAS nembuat keputusan bekerjasama dengan S46 dan menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah. Mat Sabu juga akur dengan keputusan pucuk pimpinan. Aktivis aktivis turut menghubungi aku meminta majalah Dunia Islam menyokong perpaduwn PAS-S46.

Pada waktu yang sama aku terserempak dengan Ibrahim Ali yang ketika itu salah seorang pemimpin S46. Dia memanggil alu dWn meyakinkan aku supaya menyokong perpaduan PAS-S46.

Pada keluaran berikutnya aku pun menyiarkan kepentingan perpaduan antara PAS dengan S46.

Ternyata dasar itu membawa keuntungan pada PAS dan Mat Sabu pun menjadi ahli parlimen pada tahun 1990. Ceramah pertama beliau selepas menjadi ahli parlinen bertajuk Aku Yang Berhormat. Aku hadir pada ceramah itu sempena memperingati petistiwa Memali.

Ketika itu aku adalah pengarang Harakah dan membuat liputan untuknya secara besar. Harakah juga turut menyumbang pembiayasaan majlis.

Beliau terus rajin mengunjungi Harwkah. Tetapi ada satu masa beliau tidak senang dengan aku dan Harakah. Aku tidak ingat sebabnya apa. Tetapi ketika itu Harakah di bawah Daeng Sanusi Mariok yang mendapat bantuan Dr Wahab, seorang bekas IRC. Kedua-duanya dianggap tidak menyokong Revolusi Iran. Tetapi Pak Daeng dan Dr Wahab tidak pernah mencampuri urusan editorial yang dipimpin aku.

Aku kata pada penolong penolong aku, Zul Sulung dan Ahmad Lutfi Othman bahawa adalah kurang bijak pada mana mana ahli politik untuk mencari gaduh dengan wartawan ataupun bekas wartawan.

Namun pengikut pengikutnya tetap berbaik dengan aku. Perasaan tidak senangnya dengan aku dan Harakah hilang beitu saja apabilw Pak Daeng dan Dr Wahab tidak ada lagi di Harakah.

Selepas aku berhenti daripada Harakah aku tidak berjumpa lagi dengan beliau kecuali pernah sati masa terserempsk dengannya di KLIA.

Ketika aku menjadi pengarang Mingguan Malaysia, seorang pengikutnya membawa aku dan Zulkiflee Bakar menemui beliau di rumahmya. Tetapi beliau enggwn diinterviu untuk Minggusn Malaysia

Walaupun aku mengenal Mat Sabu tetapi aku tidak langsung Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau datang dari zaman berbezam

Kalaulah aku ini perwakilan muktamar PAS, aku akan tetap akan memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS.

Tiada ulasan: