"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Provokasi DAP buat muktamar PAS - Subky Latif

Subky Latif
SAMA ada rencana ini tersiar sebelum atau selepas Muktamar PAS di Kuala Selangor, muktamar itu dihadapkan dengan provokasi dan cabaran bertubi- tubi dari sekutu Pakatannya DAP.

Suatu yang amat ganjil bagi mana-mana regu sekutu politik selain dari sekutu itu tidak dikehendak lagi.Siapapun akan mengira ia adalah campur tangan DAP dalam urusan rumah tangga PAS.

Serangan utama pimpinan anak beranak DAP itu, Lim Kit Siang, bapa sebagai penasihat parti dan Lim Eng Guan, anak sebagai setiausaha agung ialah ke atas Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Meskipun banyak ingatan agar kata-kata provokasi wajar dielakkan, tetapi ia tidak dipedulikan.

Apa yang dapat dilihat dari provokasi itu?

Ia tidak lebih dari usaha politik besar bukan oleh DAP saja bahkan oleh kerabat umum di belakang Pakatan itu untuk menjadikan PAS benar-benar sebagai pak turut dalam muafakat politik menggugat monopoli kuasa/politik Barisan Nasional.

Selamanya orang beranggapan PAS adalah kuda tunggangan bagi semua, tetapi ia tidak menawarkan hati PAS untuk kekal dalam Pakatan baik ia dikehendaki atau tidak dikehendaki.

PAS tetap mahu kekal dan menjadi sekutu yang sama tinggi, tanpa merendahkan orang lain, dan tetap mengira semua sekutunya penting bagi Pakatan dan dikehendaki kekal dalam kerjasama itu.

Meskipun ia banyak perbezaan tetapi PAS tetap mengira DAP penting dan diperlukan, tidak kira orang lain ada pandangan sama terhadapnya.

Maka apa yang tersirat dalam provokasi DAP itu untuk muktamar itu?

Pertama, moga-moga Muktamar menukar pimpinan PAS dengan siapa saja selain Tuan Guru Abdul Hadi dan golongan ulama yang sehidup semati dengannya.

Kedua, kiranya pertukaran tidak berlaku, mogamoga muktamirin, justeru tidak tahan dengan provokasi DAP itu lalu membuat keputusan keluar dari Pakatan Rakyat.

Keberadaan PAS dalam Pakatan yang tidak begitu diperlukan lagi oleh semua boleh menyusahkan muafakat itu tetapi PAS berkeras tidak mahu keluar. Bila ia kekal dalam Pakatan tidak semua yang Pakatan mahu disetujui.

Presiden PAS dicabar

Benda-benda yang tidak disetujui oleh PAS itu ada juga yang disetujui oleh setengah pimpinan PAS.

Kerana Presiden tidak setuju, maka orang lain tidak dapat buat apa.

Maka ada di antara orang PAS mahu menukar pimpinan itu. Untuk pertama kali dalam sejarahnya Presiden PAS dicabar. Sama ada cabaran itu atas kemahuan sendiri atau ia dirancang oleh pihak lain, tidak penting tetapi Presiden kali tdak lagi menang tanpa bertanding.

Jadi ia adalah harapan yang baik bagi DAP kiranya pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi dapat ditukar dengan mana-mana kumpulan saja asal ia selesa bagi DAP dan lain-lain.

Maka segala suara tidak menyenangkan dari DAP itu adalah bertujuan supaya muktamar itu tidak lagi mempertahankan Presiden itu.

Tidaklah mudah bagi DAP mempengaruhi muktamirin. Tidaklah ia tidak mustahil tetapi payah.

Jika Presiden parti tidak dapat ditukar, pilihan keduanya muktamirin termakan dengan provokasi lalu mebuat keputusan keluar dari Pakatan atas sebab- sebab tidak tahan dengan kerenah dan provokasi, tidak senang dengan penghinaan dan macam-macam sebab lagi.

Inilah yang DAP dan lain-lain pihak sealiran denganya tunggu dan suka.

Suruh keluar Pakatan PAS tahu, tetapi keberadaannya dalam Pakatan menyusah mereka. Maka dengan menyerang Presiden PAS secara bertubi-tubi menjelang muktamarnya, moga-moga perwakilan tidak tahan dan tidak sabar lagi, lalu mengambil langkah selamat tinggal Pakatan.

Apakah DAP tidak faham dan tidak tahu, sedikit sebanyak PAS dapat memberi sumbangan kepada Pakatan melucutkan kuasa BN di Putrajaya? Sekalipun kalah dalam banyak kerusi yang ditandinginya yang masih dikuasai Umno, tetapi sumbangan PASlah antara yang membantu pembangkang beroleh undi popular dalam pilihan raya umum lalu.

Apakah undi popular itu dapat diulangi dalam pilihan raya umum yang akan datang?

DAP tahu akan sumbangan itu dan ia juga merasa perlu sokongan itu, bahkan bukan sekadar mendapatkan undi popular saja, Pakatan mungkin berjaya kali ini menumbangkan Barisan.

DAP dan Pakatan tanpa PAS tidaklah berdiam diri atas ketiadaan PAS itu. Ketiadaan itu boleh diganti dengan yang lain dan antaranya orang-orang PAS sendiri yang selama ini memang selesa degan apa jua yang Pakatan rancang.

PAS atau DAP keluar Pakatan

Antara orang PAS itu memang sudah pun bersedia dengan NGO yang cenderung politik bagi mengisi apa yang dikosongkan oleh PAS itu.

Orang-orang itu sudah pun mezahirkan niatnya mahu mmelihara Pakatan pada ketika PAS adalah sekutu Pakatan yang tidak berhajat utuk meninggalkan Pakatan.

DAP sudah pun tahu ada orang PAS bersedia menggantikan tempat PAS itu. Apakah orang-orang itu ramai atau sedikit, tidak menjadi hal, tetapi jangan kata kekosongan yang ditinggalkan PAS tidak akan berganti.

Pengganti PAS itu sudah tentu tidak seperti PAS.

Mereka diharapkan akan dapat memenui segala kemahuan yang tidak dapat dipenuhi oleh PAS.

Dan kebanyakan kerusi yang ditandingi oleh PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dulu akan mereka isi sekalipun mereka terpaka bertanding mnentang PAS.

Dun Chempaka yang ditinggalkan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat tentunya tidak diberi laluan lagi oleh Umno, dan pelik kalau ganti PAS tadi akan bertanding di situ.

Pengkalan Chepa yang jadi kerusi tunggal PAS dalam pilihan raya 1986 dan tidak pernah PAS kalah selepas itu akan diisi juga oleh parti ganti PAS itu. Marang yang jadi kubu Tuan Guru Haji Abdul Hadi akan Pakatan isi dengan bekas penyokong PAS.

Jika pasca PAS ditendang dari BN hujung tahun 1970-an menggunakan orang PAS jadi calon Berjasa di Kelantan, maka kali ini Pakatan akan menggunakan orang PAS juga untuk menentang PAS di setiap kerusinya selain dari calon BN.

DAP sudah jelaskan PAS tanpa Pakatan tidak akan dapat apa yang ia dapat sekarang. Tetapi tanpa PAS dalam Pakatan belumlah tentu ganti PAS dapat membantu Pakatan menguasai Putrajaya dan ia akan mengekalkan Kit Siang berpuas hati mati sebagai pembangkang saja.

Jika hubungan baik dengan PAS dapat dibaiki menjelang PRU 14, tidak mustahil Putrajaya dapat dirampas dan Kit Siang boleh mati sebagai menteri kanan.

Persoalannya sekarang ialah apakah muktamar PAS itu termakan dengan provokasi DAP itu? Jika mereka jadi seperti sepat tidak makan pancing sekalipun dari emas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak digantikan dan muktamar mengekalkan kedudukan dalam Pakatan macam mana?

Jalan yang terbuka hanya DAP tinggalkan Pakatan, suatu yang PAS tidak galakkan, dan dapatkah PKR dibawa sama. Sediakah PKR menyertai Pakatan berjenama baru dan membiarkan muafakat yang Dato’ Seri Anwar Ibrahim taja dan beri nama mati tak bernisan? KeADILan wajar usahakan jangan Paka t a n mati dulu dari Anwar.

Tiada ulasan: