"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibarat kemenangan palsu, kata Ahmad Awang

Pencabar jawatan presiden PAS Ahmad Awang berkata, beliau menerima kekalahannya dalam merebut jawatan tersebut.

Bagaimanapun, beliau yang merupakan bekas naib presiden PAS mendakwa, kemenangan yang diperolehi barisan pimpinan baru itu diibaratkan sebagai "kemenangan palsu".

Ia berikutan tindakan yang dibuat oleh sesetengah pihak yang mengeluarkan senarai "chai" untuk memberi panduan kepada para perwakilan membuat pemilihan kepimpinan, katanya.

"Dengan "chai" ini nampak sangat saya rasa kemenangan yang diperolehi oleh yang menang - dari presiden sampai ke bawah - kemenangan yang palsu yang berasaskan dengan perbuatan yang tidak sihat.

"Bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi dan syariat kerana melakukan tindakan untuk singkirkan rakan perjuangan berdasarkan fitnah dan memburukkan orang lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Malah, Ahmad turut melahirkan kebimbangan bahawa budaya "chai" tersebut bukan sahaja memburukkan imej parti, malah presiden parti itu sendiri.

"Saya tak ada masalah kalah tapi cara mereka lakukan itu menjatuhkan imej parti Islam seMalaysia. Jatuhkan imej presiden sendiri.

"Kalau dibiarkan berlaku chai ni, amalan ini sangat tak bagus," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu lagi.

Ahmad menjadi pemecah tradisi apabila mencabar jawatan presiden PAS.

Ahmad kalah dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang- yang menjadi presiden PAS selama 13 tahun.

Hadi mendapat 928 undi manakala Ahmad hanya memperrolehi 233 undi.
-malaysiakini-






2 ulasan:

Unknown berkata...

biarlah luncai terjun dgn labu2nya ustaz...dia menang kerana undi perwakilan yang di beli..kita tengok undian rakyat dlm pru14 nanti..baru dia tersedar dari lena..

Unknown berkata...

Kalo diberikan senarai chai tu, x kan perwakilan x bole berfikir calon yg nak dipilihnya itu? Kenapa ikut senarai chai? Apakah perwakilan yg mengundi lurus bendul sampai x bole berfikir mana calon yg sesuai? Maap cakap la, kadang2 menang & kalah itu masing2 ada t/jawabnya, cuma yg menang itu lebih besar t/ jawabnya. Jika ustaz Ahmad awang sebagai bekas presiden PPUM pun membuat penilaian sedemikian, tidak mustahil calon yg bukan ulama pun makin panjang lebarlah penafsiran huraiannya.