"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isteri Ku Li (Gambar) meninggal dunia

Puan Sri Noor Yvonne Abdullah dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya, malam ini.– Gambar ihsan keehuachee.blogspot.com, 5 Jun, 2015.
Puan Sri Noor Yvonne Abdullah dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya, malam ini.– Gambar ihsan keehuachee.blogspot.com, 5 Jun, 2015.
Isteri Tan SriTengku Razaleigh Hamzah, Puan Sri Noor Yvonne Abdullah, 68, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, malam ini.
Menurut cucu saudara Allahyarham, Tengku Nazeehah Tengku Mahmud, 36, Noor Yvonne merupakan penghidap kanser darah dan mendapat rawatan di pusat perubatan itu sejak sebulan lepas.

Jenazah tiba di kediamannya di Jalan Langgak Golf, Off Jalan Tun Razak di sini kira-kira 9.45 malam tadi.
Jenazah
Antara yang menziarahi jenazah ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada Tengku Razaleigh, yang juga ahli Parlimen Gua Musang.

"Moga rohnya dirahmati. Al-Fatihah," kata Najib dalam catatan di laman Twitternya.

Solat jenazah dijangka berlangsung pada 10.30 pagi esok sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang sejurus selepas itu. – Bernama
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: