"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rosmah suntik Botox sebulan sekali dakwa Sarawak Report

Sarawak Report dedah kehidupan mewah Rosmah
FMT Reporters 
Sarawak Report menerusi laporan eksklusif mendedahkan kehidupan mewah Rosmah dalam berfesyen dan cita rasa tinggi terhadap batu permata.
Rosmah--sarawak-reportPETALING JAYA: Pereka fesyen dari Singapura, Natasha Mirpuri, dikatakan menjadi guru fesyen kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan bertanggungjawab membimbing isteri Perdana Menteri dalam berfesyen.
Natasha, pemilik syarikat Khazanah Ciptaan yang memiliki butik ‘Mantra’ di Hotel Raffles, Singapura, juga dikatakan bertanggungjawab membuat bayaran rasmi bagi barangan kemas dan pakaian Rosmah, dakwa laporan eksklusif Sarawak Report.

Laporan itu mendakwa, sejak berkhidmat dengan Rosmah, Natasha semakin popular dan ‘makmur’.
“Pelanggan utama Natasha ialah Rosmah, di mana tugas Natasha ialah membereskan urusan jual beli berjuta-juta dolar barang kemas dan barangan mewah bagi Wanita Pertama Malaysia itu,” dakwa Sarawak Report.

Laporan itu turut mendakwa Rosmah lebih gemar membeli belah di luar negara berbanding dalam negara.

Sarawak Report yang memetik sumber dalaman mendakwa, koleksi pakaian Rosmah akan diterbangkan ke kediamannya jika beliau tidak berkesempatan membeli belah di luar negara.

Jenama-jenama yang menjadi pilihan Rosmah ialah seperti Roberto Cavalli dan Pucci (Italy), Joel (London) dan barangan kemas Jacob (New York), Lorenzo (Italy), Samir Halimeh (New York) dan Taher (Dubai).

Laporan itu juga mendakwa, Rosmah memiliki cita rasa tinggi terhadap barangan kemas khususnya batu permata.

Malah, laporan itu mendakwa, bunga pahar untuk majlis perkahwinan anak perempuannya baru-baru ini menggunakan batu permata sebenar.

“Apabila memilih batu permata, Rosmah tidak pernah menggunakan batu tiruan.

Apabila ia mengenai kecantikan, ya, dia menyuntik Botox sebulan sekali ,” dakwa Sarawak Report.
-fmt-

Tiada ulasan: