"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahfuz Nafi Terima Pelantikan AJK PAS

KUALA LUMPUR: Bekas calon naib presiden PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu awal bulan ini, Datuk Mahfuz Omar menafikan bersetuju menerima pelantikannya ke jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Menurut bekas Ketua Penerangan PAS itu, beliau tidak menerima sebarang surat lantikan seperti yang didakwa Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Macam mana saya nak terima atau tidak (pelantikan) sedangkan saya tak dapat pun surat.

"Saya akan jawab secara bersurat terima atau tidak selepas dapat surat lantikan. Buat masa ini saya ada di Kedah dan tak diberitahu apa-apa mengenai pelantikan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu pada masa sama turut terkejut apabila dimaklumkan bahawa beliau tersenarai antara lapan AJK PAS Pusat yang baharu dilantik untul sesi 2015-2017.

Terdahulu Tuan Ibrahim mengumumkan senarai penuh AJK PAS Pusat termasuk tiga calon kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Selain Mahfuz, dua lagi yang dilantik ialah Salahudin Ayub dan Mohd Taufek Abdul Ghani.

Sementara itu sumber dalaman parti memberitahu bahawa beliau yakin ketiga-tiga pemimpin berkenaan tidak akan menerima pelantikan tersebut.

"InsyaAllah mereka akan tolak," kata sumber itu yang enggan dikenali.

Salahudin dan Mohd Taufek bagaimanapun gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.
-mstar-

Tiada ulasan: