"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berani atas kebenaran demi negara - Husam Musa

Husam Musa
Terpegun dan bangga – itu perasaan saya selaku rakyat Malaysia pada hari ini, bila kenyataan bersama daripada 4 agensi tonggak dikeluarkan tengah hari ini.

Sudah lama perasaan itu hilang daripada diri saya memikirkan keadaan negara kita yang bertambah buruk dari hari ke hari.

Institusi dan instrumen negara seakan hilang integriti dan jati diri berhadapan dengan kemelut pemimpin politik.

Rasanya, itulah juga perasaan yang dikongsikan oleh ramai rakyat Malaysia.
Hari ini, saya merasa sangat bugar.

Masih ada sisa keberanian atas kebenaran demi negara.

Duduknya 4 peneraju daripada Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bersama mengeluarkan kenyataan yang begitu ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia – memberikan sinar baharu. Ia sudah satu keberanian.

Kenyataan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz selaku gabenor Bank Negara amat dinantikan atas isu penyaluran dana dan akaun-akaun yang didakwa – yang menjadi bidang tugasnya.

Diamnya Bank Negara seakan mengizinkan kesalahan dilakukan atau orang tertentu dizalimi dengan tuduhan yang tidak benar.

Ketelusan dan keteguhan menjunjung kepentingan negara dibimbangi dikorbankan kerana pihak yang terlibat adalah ketua eksekutif Malaysia.

Hari ini, kami menyambut kenyataan bersama ini. Ia menunjukkan tindakan-tindakan sudah diambil dalam tempoh sebulan yang lalu.

Bagi mana-mana yang terlibat dengan akaun-akaun yang dibekukan, jika anda merasa ada kesalahan dilakukan, usahlah mengambil masa yang panjang untuk tampil mengakui kesalahan itu dengan apa jua cara untuk mengelakkan negara menanggung krisis yang berpanjangan. –

* Datuk Husam Musa adalah bekas naib presiden PAS.

Tiada ulasan: