"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PANASS!! Raja Petra: 6 Tan Sri terlibat usaha singkirkan Najib

Raja Petra Kamaruddin, who lives in self-exile in Manchester, says in his newsite that Malaysia's task force investigating the US$700 million allegedly transferred into the prime minister’s bank account is part of a wider plot involving six Tan Sris. – Facebook pic, July 8, 2015.Abu Kassim Mohamed
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed antara yang dinamakan Raja Petra Kamaruddin dalam kumpulan 6 orang bergelar ‘Tan Sri’ mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak. – Gambar TMI

Seorang penulis blog yang sebelum ini pernah didakwa memfitnah Datuk Seri Najib Razak kini menyenaraikan nama pegawai kerajaan dalam usaha menyingkirkan perdana menteri menerusi satu siri “rampasan kuasa”.

Raja Petra Kamaruddin yang hidup dalam buangan di Manchester, United Kingdom, menulis malam tadi, pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan sebahagian plot besar membabitkan 6 Tan Sri, antara pangkat tertinggi di peringkat persekutuan yang diberikan kepada pegawai kerajaan dan ahli perniagaan

“Jika gerakan anti perdana menteri berjaya menumbangkan Najib, ini akan menjadi rampasan kuasa pertama dalam sejarah Malaysia, 50 tahun selepas apa yang berlaku di Indonesia.

“Sejarah mungkin akan mengingatinya sebagai hari enam Tan Sri – empat dalam kenyataan media di atas dan dua lagi saya pasti anda tahu siapa mereka,” katanya menerusi entri di blognya, malaysia-today.net.

Kenyataan media yang dimaksudkan Raja Petra ialah yang dikeluarkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang mengumumkan pembekuan 6 akaun berkaitan siasatan 1MDB.

Tidak dapat dipastikan siapakah dua lagi Tan Sri yang dimaksudkan, namun berdasarkan gambar yang dilampirkan, salah seorang lagi ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.raja petra kamaruddin

Raja Petra (gambar, kiri) berkata, yang menarik dalam rampasan kuasa kali ini ialah ia tidak membabitkan ketenteraan seperti di Indonesia, sekadar menggunakan media untuk mencapai objektif.

Katanya, gerakan anti Najib tidak mahu menunggu hasil siasatan petugas khas atau Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selesai kerana dibimbangi perdana menteri akan didapati tidak bersalah.

“Jadi sebelum bukti kukuh dibongkarkan yang mungkin melepaskan atau tidak melepaskan Najib, mereka mahu mengambil ‘langkah selamat’ menyingkirkannya sekarang.

“Ya, persoalannya ialah wang RM2.6 bilion yang mereka tidak mahu rakyat Malaysia tahu. Jadi mereka perlu melakukan rampasan kuasa supaya Najib boleh disingkirkan dari pejabatnya.

“Namun, jika rampasan kuasa itu gagal, Najib masih di pejabatnya dan siasatan membuktikan Najib tidak mencuri RM2.6 bilion itu, maka siasatan tidak harus terhenti malah perlu dilakukan lebih mendalam lagi,” katanya.

Najib hari ini memulakan proses tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya dalam skandal melibatkan berbilion ringgit ekoran pendedahan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) minggu lepas.

Peguam perdana menteri bagaimanapun berkata, sebelum memutuskan tindakan mereka seterusnya ke atas akhbar antarabangsa itu, mereka perlu mendapatkan semua fakta berkenaan laporan itu.

Ia termasuk mengenalpasti pihak yang disebut di dalam laporan itu, bidang kuasa perundangan dan penglibatan dalang konspirasi, kata peguam Wan Azmir Wan Majid bagi pihak firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, seperti dipetik The Star.

“Ini bukan kes undang-undang yang jelas dan mudah kerana ia membabitkan dakwaan pihak tempatan dan antarabangsa. Kami diarah mengenal pasti fakta dan membentangkan kesemuanya, sebelum anak guam kami memberikan arahan seterusnya,” kata Wan Azmir.

“Matlamat mendapatkan penjelasan terperinci adalah bagi mengelak sebarang bantahan daripada WSJ berkenaan tuduhan yang dibuat.

“Selepas anak guam kami mendapatkan kesemua fakta yang diperlukan dan kedudukan WSJ dipastikan, kami mendapat arahan jelas mengambil sebarang jalan dan penyelesaian undang-undang serta-merta.” 

-malaysianinsider-

1 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Sudahlah ko nak percaya anaknraja terbuang takde telur ni

brp byk abang dia rembat perangsang seks selangor bagi kpd pemuda pas?