"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki ini menerima padah kerana membaling cebisan daging khinzir di depan Masjid Jamek

SuspekButterworth: Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi kesalahan mencemarkan masjid dengan melempar cebisan daging khinzir, pada Februari lepas.

Lee Tiaw Chong, 41, dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab.

Tertuduh didakwa membaling cebisan daging khinzir di depan Masjid Jamek, Jalan Telaga Air dengan niat mengaibkan agama pada 1.30 pagi, 6 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Lee merayu kepada majistret supaya menjatuhkan hukuman ringan kerana perlu menanggung dua orang anak dan isteri serta mempunyai hutang rumah yang perlu dilangsaikan.
-Bernama-

1 ulasan:

Abdul Said berkata...

Kita tidak tahu mengapa beliau bertindak begitu. Beliau tidak perlu dihina dan dikutuk. Cuba tanya mengapa begitu. Dan pihak penjara kena lah santuni pesalah ini. Mana tahu beliau akan menerima cahaya taufik dan hidayah.