"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pegawai kanan SPRM dihadap ke mahkamah atas kes khalwat

Mohd Farhan Darwis
Pegawai kanan SPRM dihadap ke mahkamah atas kes khalwat
Mahkamah Syariah Petaling menangguhkan pertuduhan ke atas seorang seorang pegawai kanan dan seorang kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Pertuduhan itu ditangguhkan selepas Peguam Syarie Fadhlina Sidek mengemukakan permohonan supaya prosiding perbicaraan dijalankan secara tertutup.

Difahamkan, permohonan itu dibuat memandangkan kes tersebut melibatkan dokumen yang mengandungi maklumat sulit berkaitan keselamatan negara.

Pegawai Pendakwa Fairus Jaafar mengesahkan bahawa kedua-dua kakitangan tersebut menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 29 (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Hakim Syukran Yusof menetapkan 3 Mei depan sebagai tarikh keputusan permohonan tersebut.

Beliau menetapkan bayaran ikat jamin sebanyak RM2,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin sebagai jaminan untuk kedua-duanya hadir ke mahkamah pada tarikh tersebut.

Kedua-dua pegawai SPRM itu dilaporkan dicekup Jabatan Agama Islam Selangior (Jais) selepas ditemui "berdua-duaan" di dalam sebuah unit kondominium di Taman Esquire, Seri Kembangan, pada 16 Disember tahun lepas.

Sumber Jais dilaporkan berkata serbuan itu dibuat pada 3 pagi, membabitkan empat orang pegawai penguatkuasa daripada Jais.

Turut difahamkan, suspek lelaki itu memegang jawatan pengarah di salah sebuah jabatan di SPRM manakala suspek wanita pula bekerja di pejabat ketua peseuruhjaya di agensi tersebut.

Tiada ulasan: