"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Separuh bogel marahkan mesin

Muhamaad Razis Ismail dan Rohaida Che Omar

KUALA KRAI: Geram kerana gagal mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran automatik (ATM), seorang lelaki merosakkan siling sebuah bank di Jalan Sultan Yahya Petra di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai mengalami gangguan mental itu, turut membuang air besar di belakang sebuah mesin ATM selain menarik kabel mesin itu dan kamera litar tertutup (CCTV).

Difahamkan, lelaki itu berada dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai jaket ketika ditahan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning, berkata siasatan awal mendapati, suspek menaiki kereta api dari Tumpat ke Pahang semalam tetapi terpaksa berhenti di Kuala Krai kerana tiada wang membeli tiket.

SUSPEK ditahan polis selepas merosakkan siling sebuah bank di Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, hari ini. - Foto Rohaida Omar
"Suspek merayau di sekitar bandar ini dan meminta wang daripada orang ramai namun gagal.

"Pada jam 6.30 pagi tadi, suspek ke ATM sebuah bank namun tidak dapat membuat pengeluaran, membuatkannya mengamuk lalu memecahkan siling selain menarik kabel mesin dan CCTV.

"Suspek juga membuang air besar di belakang sebuah mesin ATM," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, polis bergegas ke lokasi sebaik mendapat maklumat kejadian.

Katanya, suspek ditemui di belakang ATM dan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 448 dan 427 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: