"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dituduh curang dengan suami orang, timb menteri lapor polis

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis menafikan menjalin hubungan sulit dengan pembantunya yang telah berkahwin.

"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak terlibat sebagaimana yang diperkatakan dalam sebuah blog mengaitkan nama saya.

"Artikel blog ini berniat jahat untuk mengaibkan dan menggugat integriti saya sebagai seorang wakil rakyat," katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Isnaraissah, yangj juga Anggota Parlimen Kota Belud telah membuat laporan polis semalam mengenai tuduhan tersebut.

Sabtu lalu, penulis blog Raja Petra Kamarudin mendakwa Isnaraissah, yang juga telah berkahwin telah menjalin hubungan sulit dengan pembantunya yang telah berkahwin.

Raja Petra juga mendakwa isteri pembantunya juga telah membuat laporan polis menuduh suaminya telah memukulnya selepas beliau bertanyakan mengenai apa yang dikatakan hubungan sulit itu.

Raja Petra menuduh polis telah menyiasat kes itu dan Isnaraissah mengakui menjalin hubungan sulit.

Bagaimanapun, dalam laporan polisnya, Isnaraissah menegaskan beliau tidak terlibat langsung dalam dakwaan berkenaan.

" Saya membuat laporan ini untuk membersihkan nama saya dan keluarga dan agar penulis dapat disiasat," katanya dalam laporan polis itu.

Tiada ulasan: