"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat warga emas yang ditemui dalam tangki najis dipercayai angkara anak sendiri

SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI

Mayat mangsa dijumpai dalam tangki najis di belakang rumahnya di Balik Pulau tadi. Gambar kecil: lelaki ini diburu polis untuk membantu siasatan.
BALIK PULAU- Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila disumbat ke dalam tangki najis di belakang rumahnya di Kampung Sungai Burung di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, Faridah Mat Hashim, 63, ditemui menantu lelakinya selepas mangsa dilaporkan hilang sejak enam hari lalu.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan berulat kira-kira jam 2.40 petang tadi.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh kerana terdapat kesan kelar pada lehernya sebelum mayatnya dicampakkan ke dalam tangki najis sedalam kira-kira 1.5 meter.

"Mangsa dikatakan hilang sejak enam hari lalu dan kali terakhir ditemui keluarganya pada subuh Rabu lalu.

"Suspek utama adalah anak lelaki mangsa berusia 29 tahun," katanya kepada media tadi.

Anbalagan berkata, suspek memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan kes mencederakan orang.

"Suspek yang tidak bekerja itu menghilangkan diri pada hari sama mangsa dilaporkan hilang.

"Dari keterangan kakak suspek, adiknya sering menghidu gas petrol dipercayai untuk khayal,” katanya.
-sinarharian

Tiada ulasan: