"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rafizi dakwa kalahkan Azmin di Melaka, Negeri Sembilan

PEMILIHAN PKR | Pencabar jawatan timbalan presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa menewaskan penyandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Melaka dan Negeri Sembilan.

Keputusan muktamad masih belum tersedia pada saat berita ini ditulis tetapi Rafizi mendakwa mendapat 55 peratus undi di Melaka dan 52 peratus undi di Negeri Sembilan.

"Keputusan tidak rasmi menunjukkan saya menang di kedua-dua negeri.

"Masih tunggu keputusan akhir untuk tentu margin sebenar," tulis Rafizi pada ciapan Twitter.

Rafizi dan Azmin sedang dalam persaingan sengit merebut jawatan timbalan presiden PKR.

Selepas pusingan pertama pemilihan di Selangor minggu lalu, Azmin mendahului Rafizi sebanyak 694 undi. Azmin memperolehi 29,071 undi keseluruhan manakala Rafizi pula mendapat 28,377 undi.

Pemilihan PKR akan diteruskan esok dengan pengundian di Perlis dan pusingan kedua pengundian di Selangor.

Tiada ulasan: