"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahok belajar Islam dalam penjara, nikah Februari depan?

Rancangan bekas gabenor Jakarta Basuki Cahaya Purnama menikahi Bripda Puput Nastiti Devi, 15 Februari depan mendapat restu keluarga wanita tersebut, lapor media tempatan.

Anggota keluarga Bripda Puput, Sri Wilujeng, mendakwa, Basuki atau lebih dikenali sebagai Ahok mula mendalami Islam sewaktu berada dalam tahanan.

“Dengar khabar sudah belajar agama, saya dengar demikian.

"Harapan kami dan seluruh keluarga adalah lagi bagus jika boleh bernikah secara Islam,” katanya seperti dipetik Liputan 6.

Sri Wilujeng berkata, keluarga Bripda Puput di Jawa Timur menyokong keputusan wanita itu untuk mendirikan rumah tangga dengan Ahok.

“Bripda Puput akan melangsungkan pernikahannya di Jakarta kerana dia sudah menjadi penduduk bandar itu,” katanya.

Ahok dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana melanggar undang-undang kontroversi menghina agama Islam sejak 9 Mei 2017.

Bagaimanapun, Ahok yang sepatutnya dibebaskan pada April depan menamatkan hukuman hari ini selepas diberi pengampunan tiga bulan 15 hari.

Spekulasi mengenai perkahwinan Ahok dengan seorang wanita mulai beredar sebelum dan selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara.

Sri Wilujeng juga berkata ibu bapa Bripda Puput telah menyampaikan rancangan pernikahan anak mereka dengan Ahok yang dilakukan pada 14 atau15 Februari depan.

Sri Wilujeng juga berkata, ibu bapa Bripda Puput sudah membelikan pakaian untuk diguna pakai pada majlis perkahwinan itu.

“Pakaian itu akan digunakan pada saat acara resepsi pernikahan Brigda Puput dengan Ahok pada 15 Februari di Jakarta,” katanya.

Tiada ulasan: