"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Oh rupa-rupa Abdul Hadi pelahap juga untuk jadi PM? - MSO

ABDUL HADI ADA HATI JUGA NAK JADI PM?

Selama ini orang Melayu menerima argument Pas kenapa mereka menolak dan membenci DAP kerana parti itu kononnya anti Islam.

Kenyataan-kenyataan pemimpin Pas menuduh DAP menganggu urusan agama Islam, sebagai api membakar kemarahan orang Pas. Walhal kalau ikut logik tuduhan itu diada-adakan dan tidak munasabah, ia juga seolah-olah melupai yang perlembagaan negara mengawal kedudukan dan keistimewaan agama Islam.

Betapa pun DAP ingin memusnahkan Islam (?) atau anti Islam, mereka tertakluk kepada sekatan dan larangan undang-undang. Hujah dan tuduhan itu ditolak oleh mereka yang memahami kuasa yang ada dalam perlembagaan.

Tetapi bagi yang tidak reti atau sengaja buat-buat tidak reti tentang bidang kuasa perlembagaan menerima hujah Pas itu secara bulat-bulat. Mereka pun turut bersubahat dengan Pas membenci DAP.

Maka bagi kita yang cerdik tercari-cari kenapa sebab Pas marah kepada DAP. Sebelum ini dapat berkerabat dan berpelukan dengan DAP, tiba-tiba dilihat DAP sebagai anjing dan babi oleh Pas.

Pendedahan dibuat Kit Siang bahawa parti itu pernah mengeceknya agar menerima Hadi Awang jadi PM, membuka maklumat baru kepada umum. Bahawa kenapa Pas marah kepada DAP ialah kerana Kit Siang enggan terima Hadi sebagai PM.

Kata Kit Siang, Pas cerdik ia tidak langsung menunjuk Hadi sebagai PM, tetapi menunjukkan Tengku Razaleigh Hamzah, sebagai ganti Anwar. Saya ingin mengesahkan apa didedahkan Kit Siang itu benar. Bahawa dalam Piraum ke 13 Pas mahukan Tengku Razaleigh jadi PM bukannya Anwar. Kenapa?

Ertinya kemarahan Pas kepada DAP kerana parti Cina itu tidak mahu menerima Hadi dicalonkan sebagai PM. Oh rupa-rupa Abdul Hadi pelahap juga untuk jadi PM? Trims.

Tiada ulasan: