"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tungguuuu! Istana Negara keluar kenyataan petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini.

Perkara itu dinyatakan dalam mesej ringkas oleh istana awal hari ini.

"Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa Istana Negara akan mengeluarkan kenyataan pada jam 6 petang hari ini," kata kiriman itu yang disahkan oleh seorang pegawai istana.

Bagaimanapun ia tidak menjelaskan kenyataan tersebut merujuk kepada mana-mana isu secara khusus.

Pegawai istana yang dihubungi juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai perkara itu.

Dipercayai kenyataan berkenaan mungkin berkaitan perkembangan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atau mengenai perkembangan terbaru politik di negara ini.

Yang di-Pertuan Agong dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Isnin lalu, setelah Seri Paduka mengadu tidak sihat.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa berjaya mendapat sokongan majoriti daripada anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Presiden PKR itu berkata Seri Paduka juga telah berkenan untuk menerima beliau menghadap tetapi ditangguhkan berikutan masalah kesihatan.

Tiada ulasan: