"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BETUL KE SEMBURIT NI?? - Tamrin Tun Ghafar

Tamrin Tun Ghafar

Ahad – 31/01/2021

( 1 – 23 )

1. Memang saya gunakan tajuk yang KASAR bagi tulisan kali ini.

2. Bagi pembaca khususnya penyokong – penyokong yang terlalu TAKSUB dengan PENGKHIANAT yang pintar berlakun dan berpura – pura ini, mereka pasti menyerang saya dengan maki hamun dan kata – kata kesat.

3. Sebenarnya penghormatan saya bermula sewaktu beliau bertugas selaku Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim SEHINGGALAH tertularnya PENGAKUAN Haziq Abdul Aziz di mana kepercayaan saya terhadap beliau terus hancur berkecai bagaikan cermin dihempas ke batu.

4. Tajuk diatas ‘ ‘BETUL KE SEBURIT NI ??’ dipilih bagi menunjukkan karektor atau sifat SEMULA JADI dan HIPOKRIT seorang yang bernama AZMIN ALI.

5. Anak kelahiran Singapura ini yang lahir pada 25hb Ogos 1964 telah diberi kepercayaan bertugas di pejabat Anwar selaku Setiausaha Sulit.

6. Ekoran kes rasuah dan liwat Anwar yang berakhir dengan beliau dipenjarakan, Azmin dan beberapa rakan lain bertindak menubuhkan Parti Keadilan Rakyat atau PKR.

7. Mulai 2008 sehingga kini pengundi – pengundi di Kawasan Parlimen Gombak dan Kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa telah memilih beliau sebagai wakil mereka.

8. Ekoran LANGKAH KAJANG, Azmin dengan sokongan Hadi dan PAS Selangor mula mengatur strategi dan akhirnya berjaya mengenepikan Anwar dan isterinya, Dr. Wan Azizah apabila beliau dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim ( Tan Sri ).

9. Setelah rakyat menolak UMNO/BN pada hari Rabu 9hb Mei 2018, Azmin sekali lagi berjaya MEYAKINKAN Tun Dr. Mahathir dengan melantik beliau sebagai Menteri Ekonomi bagi MENGATASI masalah ekonomi negara.

10. Bagaikan anak emas dan hulubalang yang bersenjatakan keris dan tombak, di mana sahaja Tun berada sama ada di dalam atau di luar negara , rakyat akan melihat beliau tetap berada disamping Tun – ia membuatkan ramai Ahli – Ahli Kabinet berpendirian dialah bakal PENGGANTI Tun.

11. Rupa – rupanya sejarah bagaimana Brutus MENIKAM Julius Ceaser di Kota Rom, Italy 2000 tahun dahulu kembali berulang di Tanahair kita sendiri.

12. Bagai membenarkan pepatah :

Gunting Dalam Lipatan

Api Dalam Sekam

Musuh Dalam Selimut

DAN

Menggigit Tangan Yang Menyuap Nasi Ke Mulut

demi NAFSU, beliau yang BERPAKAT dengan Muhyiddin dan Hamzah SANGGUP melakukan RAMPASAN KUASA tersebut.

13. Tidak terfikir bagaimana mereka yang pernah menyerang UMNO dan PAS kini boleh berpeluk – pelukan dengan musuh ketatnya semata – mata bagi merebut jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kanan.

14. Rakyat masih tidak lupa hubungan seks luar tabii yang dilakukan oleh Azmin dan pasanganya, seorang lelaki , Haziq Abdul Aziz di Hotel Four Points di Sandakan, Sabah; jika tidak benar mengapa sehingga kini beliau TIDAK BERANI mengheret Haziq ke Mahkamah bagi MEMBERSIHKAN diri beliau dan keluarga serta pengikut-pengikutnya yang TERLALU PERCAYA dengan beliau.

15. Kini Azmin sedang berdrama dengan Muhyiddin seperti yang dilakukannya ketika bersama Tun – di mana ada Muhyiddin maka adalah Azmin; ini dilakukan bagi menunjukkan betapa intimnya beliau dengan Muhyiddin.

16. Beliau tahu barah yang dialami Muhyiddin walaupun mungkin pulih namun penyakit ini BOLEH berlaku lagi pada bila – bila masa dan apabila berulang, ia lebih membahayakan dan mungkin membawa maut, dan pada masa itu beliau PASTI berusaha untuk mengambil alih jawatan tertinggi yang diimpikan.

17. Rakyat sudah mula kenal siapa Azmin Ali SEBENARNYA :

i. Menipu Anwar dan parti yang diasaskannya, PKR dengan berbagai alasan.

ii. Menikam Tun Dr. Mahathir walaupun Tun dan isteri menganggap beliau sebagai anak angkat dan pernah menyelamatkannya dalam kes SEMBURIT.

iii. Menipu pengundi – pengundi Gombak dan Bukit Antarabangsa dengan MENGINGKARI janji MENENTANG RASUAH oleh UMNO / BN.

iv. Apakah dia masih menganggap rakyat boleh ditipu dan diperbodohkan apabila menuduh Kerajaan PH gagal menangani masalah ekonomi rakyat dan negara sedangkan ketika itu dialah yang mengurus ekonomi negara selaku Menteri Ekonomi selama 22 bulan sebelum Kerajaan Pintu Belakang atau Kerajaan Tebuk Atap menggambil alih kuasa – ini dengan jelas membawa erti Azmin yang hanya pandai berdrama, berpura – pura dan retorik, GAGAL.

v. Begitu juga tuduhan beliau terhadap Kerajaan PH berhubung isu COVID 19

– tonton sajalah klip video dan laporan Antabangsa yang terbaru berhubung kedudukan ekonomi dan COVID 19 negara kita dibandingkan dengan negara lain.

18. Bukan saja bergaduh dengan adik beradik tapi pernah juga ‘BERTINDAK’ kasar terhadap ibu kandungnya walau pun akhirnya beliau mengalah dengan ibu kandungnya itu, Cik Tom Yahya yang sudah pergi meninggalkan dunia ini ( Alfatehah ).

19. Apakah Azmin akan ‘MEMBELI’ pemimpin – pemimpin UMNO, PAS dan PKR Kawasan Gombak bagi MENGKEKALKAN Kerusi Gombak dan Bukit Antarabangsa?

20. Atau apakah beliau akan BERHIJRAH ke Batu Pahat atau Penggerang, Johor atau di mana tempat selamat pada PRU15 nanti?

21. Izinkan saya mengucap TAHNIAH kepada masyarakat Batu Pahat atau Penggerang atau di mana saja kerana SUDI MENERIMA dan MENYOKONG PENGKHIANAT yang juga terlibat dengan aktiviti SEMBURIT sebagai Wakil Rakyat mereka.

22. Terlalu banyak pembohongan dilakukan; seperti Muhyiddin, tanpa pembohongan beliau mungkin sukar naik ke atas.

23. INSAF DAN BERTAUBATLAH SEBELUM ALLAH SWT MENARIK NYAWA SAUDARA.

Wassalam

Terima Kasih.

Tiada ulasan: