"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Satu kampung Ustaz Ebit Lew berjaya Islamkan

ARIF ATAN

Satu kampung Ustaz Ebit Lew berjaya Islamkan

Pendakwah terkenal dengan pelbagai kerja kebajikan, Ustaz Ebit Lew hari ini berjaya menarik komuniti suku Bajau Laut atau Gipsi Laut di Pulau Tatagan, Semporna untuk memeluk Islam.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya sebentar tadi, Ustaz Ebit berkata mereka yang tinggal di dalam bot atau pondok kecil di atas laut itu tampil sukarela mengucap syahadah.

“Ya Allah, menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam.

“Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau Laut kumpulan manusia tanpa negara.

“Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun,” ceritanya.

Pemilik rangkaian pasar raya Elewsmart itu turut memberitahu beliau berasa sebak sejurus ramai daripada mereka tiba-tiba bertanyakan tentang Tuhan.

“Saya dengan penterjemah tanya, pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tidak tahu. Tolong beritahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua di keliling bot tadi.

“Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ustaz Ebit memberi jaminan akan terus membantu menyalurkan bantuan makanan untuk seluruh masyarakat kampung di atas laut itu.

Beliau turut sedang merancang untuk membina sekolah dan mencari guru agama untuk mengajar mereka.

“Ya Allah, bantulah mudahkan diriku untuk pastikan anak-anak ini menjadi manusia berguna,” tambah Ustaz Ebit lagi.

Tiada ulasan: