"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Anak menteri, elit Umno hampir 99.99 peratus hidup main kontrak, projek kerajaan’

SYED AKBAR ALIF

‘Anak menteri, elit Umno hampir 99.99 peratus hidup main kontrak, projek kerajaan’

Fitnah? Soalannya bukan kalau Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki terlibat politik wang atau tidak terlibat politik wang.

Jangan tukar cerita. Soalannya, hang (Asyraf) ada berapa banyak biji kereta? Hang punyai kereta mewah jenis apa? Rumah hang besar mana? Banglo kah, dengan kolam renangkah, kondominium mewahkah apa?

Hang pakai jam tangan jenis apa? Itu soalannya. Lepas itu tanya bini hang pula. Lepas tu tanya anak-anak hang sekali.

Porsche? Mamat ini sudah ketinggalan zaman. Sekarang orang tak main Porsche lagilah. Sekarang orang boleh beli motor Ducati dengan harga RM888,000. Porsche sudah jadi tahi kucing.

Orang Melayu pun boleh nampak gelagat orang Umno. Ikut soalan Felo Majlis Professor Negara, Dr. Muhammad Asri Mohd Ali dalam Forum Virtual Bicara Anak Muda, 27 Januari lalu, 99 peratus Ketua Bahagian Umno adalah jutawan.

Tuan-tuan ini pendapat saya. Dari dulu lagi saya sudah sebut. Dasar Ekonomi Baru (DEB) sudah gagal.

Tetapi there are some successes. Ada juga satu dua tempat di mana Dasar Ekonomi Baru sudah berjaya dan menemui sukses. Saya pernah sebut ini dulu.

Satu daripada kejayaan Dasar Ekonomi Baru yang besar sekali ialah ramai (kalau bukan semualah) anak-anak Menteri jadi jutawan.

Dan sekarang ikut Dr Asri (bukan saya cakap tau, jangan marah saya) 99% daripada Ketua Bahagian Umno adalah millionaire. Begitu juga pemimpin Pemuda Umno juga ramai millionaire.

Jadi, bagi saya the solution is very simple. Kita hanya perlu tingkatkan bilangan anak Menteri Melayu / Bumiputera dalam negara kita. Insya-Allah mereka semua boleh menjadi millionaire successful.

Kita hanya perlu tingkatkan bilangan Melayu / Bumiputera menjadi Ketua Bahagian Umno, menjadi pemimpin Pemuda Umno dan sebagainya. Insya-Allah mereka semua akan menjadi millionaire. Amin Amin ya Rabbul Alamin. Selesai masalah, tuan-tuan.

Tetapi majoriti orang Melayu pula hidup susah. Hampir TIGA JUTA orang menganggur. Majoriti besarnya Melayu / Bumiputera.

Masalah besarnya ialah ekonomi Melayu / Bumiputera sangat bergantung kepada perbelanjaan kerajaan (government spending).

Daripada saiz GDP ekonomi RM1.44 trilion atau RM1,440 bilion, Belanjawan 2021 hanya RM323 bilion atau 22 peratus.

Dan inilah RM323 bilion kutipan hasil kerajaan untuk membuat jalan, beli peralatan tentera, buat sekolah, buat hospital dan semua sekali bagi 32 juta penduduk Malaysia.

Tuan-tuan, orang Melayu sangat-sangat bergantung kepada perbelanjaan kerajaan untuk sara hidup.

Seramai 1.7 juta orang Melayu menjadi penjawat awam makan gaji dengan kerajaan. Seramai 1.3 juta lagi orang Melayu makan gaji dengan syarikat GLC.

Itu 3 juta Melayu / Bumiputera. Jumlah penduduk Melayu sekitar 18 juta orang. Untuk bayar gaji, pencen, elaun dan sebagainya bagi tiga juta pekerja kerajaan dan GLC ini memakan hampir RM112 billion setiap tahun.

Emolumen – RM84.5 bilion

Pencen – RM27.7 bilion

Subsidi – RM18.7 bilion

Baki Bajet yang tinggal hanya RM322 bilion – RM112 bilion = RM210 bilion.

Anak Menteri, pemimpin Umno dan pemimpin Pemuda Umno pula hampir 99.99 peratus hidup dengan main kontrak dan projek kerajaan. Merekalah golongan elit.

Jadi, kalau setiap seorang daripada golongan elit millionaire itu dapat RM1 juta, maksudnya kurang RM1 jutalah bagi baki 18 Juta orang Melayu dalam negara kita. Dan juga RM1 juta kuranglah bagi baki 14 juta penduduk negara kita.

Tahun sudah 2020 dan tahun 2021 ini seluruh dunia dilanda wabak Covid-19. Negara kita sedang mengalami ekonomi yang teruk. Kalau ekonomi rugi besar maka kutipan cukai oleh kerajaan pun akan terjejas.

Dalam negara kita tarikh tutup declare cukai pendapatan adalah 1 April iaitu kena declare pendapatan daripada tahun assessment sebelumnya.

Jadi, pada 1 April 2021 ini, kerajaan akan tahulah berapa banyak income tax yang boleh dikutip daripada tahun assessment 2020 – dengan Covid-19, hasil minyak meleset, dengan PKP dan segalanya. It is going to be very bad.

Tapi puak-puak ini pula masih boleh berseronok dengan kereta mewah, motor besar dan duit juta-juta mereka.

Tiada ulasan: