"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isa Samad didapati salah atas tuduhan rasuah RM3 juta

FMT Reporters

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Felda Isa Abdul Samad didapati bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah melibatkan RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memberikan penghakimannya sebentar tadi.

Nazlan berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Isa tanpa keraguan munasabah.

Isa, 71, sebelum ini diarah membela diri atas sembilan pertuduhan rasuah melibatkan pembelian hotel berkenaan selepas mahkamah membebaskan beliau atas satu pertuduhan pecah amanah.

Tiada ulasan: