"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Azmin bergambar di Hagia Sophia, info ‘dan keluarganya’ dipadam

FAZLI RADZI

Ketika negara sedang berdepan penularan jangkitan Covid-19 yang semakin membimbangkan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat bergambar di lokasi masjid ikonik di Turki, Hagia Sophia.

Foto Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tersebut bersama pemandu pelancong yang menamakan dirinya sebaga Necdet itu kini tular di media sosial.

Rata-rata rakyat Malaysia melenting apabila ungkapan “… dan keluarganya (Azmin)” dilihat telah dipadam oleh pengendali Instagram Turkey Local Guides.

“Ia merupakan satu penghormatan untuk membawa Mr Muhammed Azmin Ali (Menteri Kanan Malaysia).

“Dia sanggup dan bersabar (meluangkan masa) mendengar kisah-kisah mengenai Hagia Sophia, ” ujar pengendali Instagram berkenaan.

Dalam hantaran sama, pengendali itu turut memohon maaf atas kesilapan fakta yang dikongsi sebelum ini menerusi kapsyen asal posting berkenaan.

Bahkan, ruangan komen pada posting itu turut ditutup.

“Maaf kepada semua rakyat Malaysia. Saya membuat kesilapan berkongsi informasi salah.

“Ia merupakan delegasi rasmi MITI. Kunjungan ini sebahagian program yang dianjurkan oleh kerajaan Turki.

“Kami dibawa ke sana untuk solat Asar, ” jelasnya.

Untuk rekod, Hagia Sophia di Istanbul kembali dibuka sebagai masjid kepada semua masyarakat termasuk Islam, Kristian, Buddha dan golongan atheis.

Kali pertama Hagia Sophia dibangunkan sebagai gereja ketika Empayar Rom Timur pada abad keenam.

Namun, bangunan bersejarah dengan mozeknya yang berusia lebih 500 tahun itu diubah menjadi masjid selepas penaklukan Uthmaniyyah di Konstantinopel pada 1453.

Untuk rekod, Azmin yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) berada di Eropah untuk lawatan rasmi.

Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PN berkenaan berada di Austria untuk bertemu dengan Menteri Persekutuan bagi Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria, Dr Margarete SchrambΓΆck.

Tiada ulasan: