"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jangkaan 20,000 kes sehari dalam tempoh 2 minggu, pakar beri amaran

Predeep Nambiar

GEORGE TOWN: Negara bakal menyaksikan 20,000 kes jangkitan Covid-19 sehari dalam tempoh dua minggu lagi selepas mengambil kira varian Delta yang mempunyai kebolehjangkitan dua kali ganda lebih tinggi, berbanding strain virus sebelum ini.

Pakar virologi daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Kumitaa Theva Das, berkata berdasarkan laporan data, varian delta semakin dekat mengatasi varian lain, selain varian berkenaan berisiko menyumbang 200 kes kematian sehari susulan sistem kesihatan awam kini berada dalam tekanan.

Bagaimanapun, beliau menyatakan varian delta tidak terlalu berbahaya, namun rekod kematian lebih tinggi mungkin berlaku didorong sistem kesihatan negara yang semakin tenat.

“Varian baharu ini janggal menjadi semakin berbahaya kerana ia bergantung kepada manusia untuk terus hidup.

“Tetapi, varian ini berevolusi untuk menjangkiti manusia pada kadar lebih cepat seperti mana yang kita dapat lihat ketika ini. Kita akan mula melihat jumlah kematian lebih tinggi kerana sistem kesihatan semakin ditekan,” katanya.

Bersandarkan data kementerian kesihatan, sejumlah 195 kes varian beta dan 67 kes delta dicatat berlaku sehingga kini. Bagaimanapun, hanya 48 kes beta dan 27 delta kes dilaporkan, semalam.

Kumitaa berkata, jumlah kes membabitkan beta adalah tinggi ketika ini, manakala delta merebak pada kadar pantas. Katanya, varian beta menyumbang lima kes dalam tempoh empat hari, berbanding varian delta hanya memerlukan sehari untuk menyumbang lima kes jangkitan.

Beliau berkata, berasaskan nilai Ro/Rt atau kadar kebolehjangkitan berada pada 1.14 pada semalam, virus sebenarnya menular pada kadar lebih cepat, sekali gus menyebabkan kes positif Covid-19 juga bertambah.

Katanya, berdasarkan lebih 11,000 kes direkodkan semalam, jumlah kes hadapan juga akan berganda 1.14 sehari.

Bacaan Ro/Rt dijadikan penunjuk perubahan pada masa dan tempat, selain digunakan meramal jangkitan merebak, sama atau terhapus. Nilai bawah “1” menunjukkan virus semakin lemah sehingga mati.

“Delta mempunyai kelaziman meningkatkan kebolehjangkitan seperti data diperoleh daripada 64 negara mendapati seseorang yang dijangkiti strain itu mempunyai 97% akan menjangkiti orang lain, berbanding strain sebelum ini. Strain sebelum ini, menjangkiti kepada seorang kepada dua individu, namun delta berisiko menjangkiti hingga empat orang,” katanya.

Kumitaa ketika mengulas lanjut, berkata kerajaan boleh menggunakan kit ujian persendirian menerusi air liur, di mana mudah digunakan di rumah dan di kawasan panas penularan untuk meningkatkan proses vaksinasi, termasuk melakukan pengasingan pantas kepada individu yang disahkan positif.

Tiada ulasan: