"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cabul jururawat, pengawal keselamatan dihukum penjara 3 tahun, 3 sebatan

Willie Jude

Mohd Amin Zahari (dua dari kanan) diiringi polis selepas keluar dari kamar Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini. (Gambar PDRM)

KOTA KINABALU: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana mencabul kehormatan seorang jururawat.

Hakim Stephanie Dunstan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Amin Zahari, 29, apabila tertuduh mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul jururawat berusia 34 tahun itu dengan melakukan kekerasan termasuk menumbuk muka mangsa serta mencekiknya di kuarters Kementerian Kesihatan (KKM), di Bukit Padang, di sini, 5 Julai lalu.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah untuk mendapatkan pertolongan jiran.

Dalam kejadian itu juga, mangsa mengalami kecederaan lebam serta bengkak dan ditempatkan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, untuk rawatan lanjut.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa polis Suzie @ Stephanie Kupit, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Difahamkan, sebelum ini tertuduh mengaku memecah masuk rumah mangsa dengan niat untuk mencuri namun bertukar niat merogol selepas melihat keadaan mangsa yang baru selesai mandi.

Tiada ulasan: