"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno perlu sedar siapa pengkhianat sebenar rakyat

MOHD ALI HASHIM

Umno seharusnya sedar bahawa pengkhianatan terhadap mandat rakyat telah pun mereka lakukan tanpa disedari hakikatnya.

Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang hanya mahu menukar Perdana Menteri (PM) dan bukannya kerajaan PN membuktikan merekalah yang mengkhianati mandat rakyat dalam pilihan raya umum ke-14 yang lalu.

Faiz Fadzil, Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional berkata, pengkhianatan ini tidak hanya boleh dilihat pada langkah Sheraton yang melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Azmin Ali semata-mata kerana langkah Sheraton tidak akan berlaku tanpa sokongan Umno dan Pas.

“Apabila rakyat menolak pengkhianatan ini, bukan sahaja PN yang harus ditolak, tetapi juga Umno dan Pas.

“Maka itu, apabila Umno mengambil keputusan menolak Muhyiddin dan merancang untuk menaikkan PM yang baharu dalam kalangan Ahli Parlimen Umno, ia memperlihatkan dengan ketara sikap Umno yang gila kuasa serta menggunakan taktik pintu belakang untuk berkuasa.

“Tindakan Umno ini bukanlah kali pertama kerana mereka telah bertindak sedemikian bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada tahun 2009 dahulu dan rakyat harus mengenali sikap dan identiti Umno yang sebenar.

“Umno bukanlah parti yang menghormati demokrasi dan mereka hanya memikirkan kuasa sebagai agenda politik.

“Manakala segala kritikan mereka terhadap kerajaan PN kini hanyalah sihir politik bagi mengaburi mata rakyat sedangkan pada hakikatnya mereka merupakan sebahagian dari kerajaan PN,” ujar beliau melalui kenyataan kepada Malaysia Dateline hari ini.

Tambah Faiz, menteri utama yang menguruskan pandemik Covid-19 kini adalah dalam kalangan menteri Umno termasuk Menteri Keselamatan, Imunisasi dan Kesihatan.

Sehubungan itu tegas beliau, menukar PM kepada Umno akan meneruskan kegagalan kerajaan sedia ada oleh kerana pemain politik yang sama akan mengemudi Putrajaya.

Lantaran itu kata Faiz, sikap Umno yang gila kuasa tidak boleh dibiarkan berterusan dan rakyat perlu menghantar mesej yang jelas bahawa pengkhianatan sebegini tidak boleh berulang lagi kerana demokrasi negara akan hancur ekoran langkah Sheraton sehingga mengakibatkan rakyat menderita sehingga kini.

Justeru itu beliau mengesyorkan supaya kerajaan PN sedia ada ditukar dan PH yang lebih kompeten dikembalikan untuk mentadbir dan menyelamatkan rakyat dan negara ini.

Tiada ulasan: