"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jemaah Menteri sokong Mahiaddin, terbukti Umno pun gagal

MALAYSIA DATELINE

Keputusan Jemaah Menteri untuk kekal menyokong Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sebagai Perdana Menteri membuktikan Umno juga sebahagian daripada kerajaan gagal.

Naib Pengerusi DAP Kedah Zulhazmi Shariff berkata, keputusan Ahli Jemaah Menteri yang dibuat secara kolektif yang dipersetujui semua termasuk menteri dalam kalangan Umno.

“Jadi Umno jangan cuba mengelak bahawa mereka suci sedangkan mereka juga membuat keputusan yang gagal terhadap negara dan masyarakat.

“Umno tak payah nak jadi hero di luar konon bersama masyarakat sedangkan mereka sendiri terlibat mendera masyarakat,” katanya ringkas di Facebook.

Minggu lepas Umno dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi telah memutuskan menarik balik sokongan terhadap Mahiaddin sebagai Perdana Menteri kerana gagal dalam menangani pandemik, ekonomi, sosial masyarakat pada hari ini.

Namun, hari ini kesemua Jemaah Menteri termasuk Umno pula membuat keputusan sebulat suara kekal menyokong Mahiaddin sebagai Perdana Menteri.

Tiada ulasan: