"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Inilah punca masalah dadah tak boleh nak selesai

DSP polis direman 5 hari bantu siasatan kes rasuah RM200,000

Bernama

Difahamkan, perintah reman terbaharu itu dikeluarkan selepas penahanan reman seorang lagi pegawai polis berpangkat ASP semalam yang disyaki terbabit meminta suapan RM200,000 daripada pasangan pengedar dadah. (Gambar SPRM)

KOTA BHARU: Seorang pegawai kanan polis yang berpangkat Deputi Superintendan (DSP) direman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan satu kes rasuah.

Difahamkan, perintah reman terbaru itu adalah susulan penahanan reman seorang lagi pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) semalam.

Kedua-dua suspek berusia 48 tahun.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Dinie Shazwan Abdul Shukor di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Rosli Husain mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Semalam, pegawai kanan polis berpangkat ASP itu direman empat hari, selepas disyaki terbabit dalam meminta suapan RM200,000 daripada pasangan pengedar dadah.

Tiada ulasan: