"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rafizi mahu laporan polis dibuat terhadap catatan PAS berkait kerakyatan

FMT Reporters
PETALING JAYA: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mahu laporan polis dibuat berhubung catatan media sosial PAS berhubung dakwaan 54,000 warga China diberikan kerakyatan.

Beliau menyifatkan catatan PAS di Facebook dan Twitter itu sebagai penipuan dan “fitnah jenayah”.

“Saya akan bercakap dengan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail supaya satu laporan polis dibuat mengenai posting ini.

“PAS perlu bertanggungjawab bula berterusan berbohong begini,” kata timbalan presiden PKR itu di Facebook.

PAS dalam catatannya memetik Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan 54,000 warga China dalam proses diberikan kerakyatan.

Razali mengakui Saifuddin menafikan perkara itu tetapi berkata isu itu perlu disiasat segera kerana rakyat berhak tahu.

“Bukan soal fitnah atau tohmahan, tetapi rakyat Malaysia berhak mengetahuinya.

“Kita tidak mahu kedaulatan negara kita dicerobohi sewenang-wenangnya, apatah lagi daripada pihak dalaman. Menteri KDN harus bertanggungjawab.”

Kenyataannya disiarkan di Facebook semalam.

Pada 18 Ogos lalu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan itu dengan berkata kenyataan Saifuddin pada Januari lalu dimanipulasi kerana beliau sebenarnya berkata 54,000 permohonan kerakyatan dikemukakan pada 2017 hingga 2022.

Katanya, 54,000 permohonan meliputi pelbagai latar belakang keturunan dan negara asal diterima, tetapi hanya 45 warga China diberikan kerakyatan antara 2019 dan 31 Julai lalu.

Tiada ulasan: