"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki muat naik ugutan terhadap Sultan Selangor

HarapanDaily.com

SITI NUR ZAWANI 

Tular di media sosial seorang pengguna Facebook didakwa memuat naik hantaran berbaur ugutan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah

Dalam hantaran itu, individu menggunakan nama Iman Mustaqim menyatakan “Sultan yang tidak mampu menjaga agamanya sendiri elok dipancung sampai mampus”.

Individu itu memuat naik hantaran sedemikian dipercayai merujuk kepada titah Sultan Sharafuddin agar pihak polis mengesan kumpulan pemfitnah yang berterusan memfitnah bahawa 200 buah sekolah tahfiz di Selangor telah ditutup.

“Sultan yang tidak mampu menjaga agamanya sendiri elok dipancung sampai mampos!!

“Pesta keagamaan Bon Odori dulu siapa yanf kata boleh sertai?

“Lepas itu, kalau raja dulu-dulu boleh buat khutbah, boleh buat tazkirah, boleh jadi imam, raja sekarang jadi apa?

“Maaf!! Raja yang adil aku ikut (aku hanya menyembah Allah yang satu). Raja yang zalim aku sanggah, buat apa aku nak takut,” tulisnya.

Sehingga kini tulisan itu masih belum dipadam. Beberapa pengguna Facebook bagaimabapun relah melapor akaun berkenaan kepada pentadbir FB.

Ruangan komen individu itu juga dipenuhi komen yang menyebut (mention) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Fahmi Fadzil selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Dari pemerhatian Harapan Daily, individu tersebut sehingga kini masih belum ditahan memandangkan dia baru sahaja memuat naik hantaran terbaru di FB.

Semalam, Sultan Selangor bertitah agar pihak polis mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang berterusan melempar fitnah kononnya 200 buah sekolah agama persendirian di Selangor diarah untuk ditutup.

Titah baginda, tohmahan sedemikian secara tidak langsung merisaukan ibu bapa dan boleh menghakis kepercayaan orang ramai terhadap institusi agama dan pihak berkuasa agama khususnya di negeri ini.

Baginda bertitah agar kumpulan pemfitnah segera menghentikan perbuatan khianat dan tidak bertanggungjawab ini.

“Andai kata mereka meneruskan perbuatan fitnah dan khianat ini, beta mohon pihak polis segera mengesan kumpulan pemfitnah ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka,” titahnya.

Tiada ulasan: