"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengarah kilang didenda RM36,000 benarkan PATI tinggal di premis

ASLIZA MUSA
Siew Tow (kiri) didenda RM36,000 oleh Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini kerana membenarkan enam PATI tinggal di premis syarikat di Pusing, April lalu.
TELUK INTAN – Seorang pengarah kilang perlombongan didenda RM36,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan membenarkan enam orang pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk dan tinggal di premis syarikat itu, April lalu.

Tertuduh, Lee Siew Tow, 48, juga berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Mengikut pertuduhan, Siew Tow didakwa membenarkan seorang lelaki warga India iaitu Jasvir Singh, 34, bersama Modhu, 39, dan Ahmad Md Shobuj, 37, masing-masing warga Bangladesh serta tiga lelaki warga Myanmar iaitu, Mhong Eg Thin, ,41; Md. Sadek, 20, dan Dalim Khan, 34, memasuki dan berada di premis tersebut yang mana tertuduh adalah orang yang bertanggungjawab dan mempunyai kawalan ke atasnya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pengkalan 11, Pusing dalam daerah Kinta pada pukul 2.35 petang, 25 April 2024.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Malaysia Perak, E. Logentharan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Intan Nurul Farena dalam penghakimannya menetapkan denda sebanyak RM6,000 bagi setiap PATI atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda keseluruhan RM36,000. Tertuduh membayar denda berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: