"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes curi, lembu wanita warga emas dan seorang lelaki warga Indonesia ditahan

BERNAMA

ALOR GAJAH: Polis menahan seorang wanita warga emas dan seorang lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubung penemuan kepala lembu betina yang dilaporkan hilang, dipercayai dicuri sebelum disembelih di sebuah kebun durian di Kampung Orang Asli Kubang Badak, Tebong di sini pada 4 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata wanita berumur 69 tahun itu merupakan pemilik kebun durian berkenaan, manakala lelaki berumur 30-an itu pula merupakan menantu kepada rakan warga emas itu.

Pada 5 Julai lepas seorang lelaki berumur 38 tahun yang merupakan penternak haiwan itu menemukan kepala lembu berwarna coklat bersama 'tag' bernombor yang dikeluarkan Jabatan Veterinar di sebuah kebun durian, sebelum pergi ke rumah pemilik kebun itu untuk mendapatkan penjelasan.

"Wanita warga emas itu mengaku lembu berkenaan disembelih oleh menantu kepada rakannya kerana mendakwa haiwan itu makan pokok durian ditanamnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lembu betina yang dilaporkan hilang itu disembelih dan dagingnya diagihkan kepada penduduk kampung.

Ashari berkata, penternak lembu yang mengusahakan ternakan lembu baka kampung sejak 2010 itu mendakwa kehilangan kira-kira 20 ekor lembu dalam tempoh kira-kira setahun dan dipercayai turut dicuri dan disembelih individu sama.

Bagaimanapun beliau berkata berdasarkan rakaman perbualan antara pemilik lembu dan pemilik kebun durian, hanya seekor lembu milik penternak itu yang dicuri dan disembelih, melibatkan anggaran kerugian kira-kira RM3,000.

Beliau berkata pemilik lembu berkenaan membuat laporan polis pada 8.54 malam selepas berjumpa dengan pemilik kebun durian itu dan polis menahan kedua-dua suspek kira-kira pukul 7.30 petang pada keesokan hari.

Ashari berkata wanita itu direman selama empat hari bermula Ahad lepas manakala lelaki warga Indonesia itu pula direman selama enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tiada ulasan: