"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dah kantoi baru Syed Saddiq akui 'tersilap' dalam triathlon

Bharianonline
Lima jam selepas menafikan menipu untuk menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan 13 Triathlon Desaru 2024 yang berlangsung hujung minggu lepas, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui beliau tersilap. - Foto FB Syed Saddiq
Lima jam selepas menafikan menipu untuk menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan 13 Triathlon Desaru 2024 yang berlangsung hujung minggu lepas, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui beliau tersilap. - Foto FB Syed Saddiq
PETALING JAYA: Lima jam selepas menafikan menipu untuk menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan 13 Triathlon Desaru 2024 yang berlangsung hujung minggu lepas, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui beliau tersilap.

Dalam video Instagram Reel, bekas menteri belia dan sukan itu berkata, susulan perbincangan dengan penganjur, statusnya dalam perlumbaan itu ditukar kepada DNF (tidak tamat).

Syed Saddiq seperti dilaporkan FMT berkata, beliau melengkapkan tiga pusingan dalam acara berbasikal seperti yang dikehendaki, tetapi beliau tersilap melengkapkan pusingan pertamanya sebagai sebahagian daripada jarak 40km yang ditetapkan untuk kategori perlumbaan jarak Olimpik.

Katanya, ketika itu beliau mengesyaki sesuatu yang tidak kena kerana beliau selesai lebih awal daripada jangkaan.

"Saya segera maklumkan perkara ini kepada pasukan teknikal pertama. Saya kemudian dimaklumkan tiada masalah, lalu saya teruskan perlumbaan. Pasukan teknikal pertama terdiri daripada dua pegawai yang boleh sahkan perkara ini.

"Data terkini menunjukkan saya melengkapkan tiga pusingan dan melepasi semua 'checkpoint', tetapi permulaan pusingan pertama saya adalah untuk perlumbaan Olimpik, bukannya 113 (kategori perlumbaan triathlon).

"Tiada masalah bagi pusingan kedua dan ketiga, (dan ini) menjelaskan mengapa bukan dua pusingan pada 60km (dicatatkan), tetapi tiga pusingan pada 72km," katanya.

Syed Saddiq menyertai 113 Triathlon Desaru 2024 pada hujung minggu lepas, melengkapkan perlumbaan dalam masa lima jam 44 minit, menurutnya di Instagram.

Beliau menafikan dakwaan seorang pengguna media sosial bahawa beliau 'menamatkan acara berbasikal dengan hanya dua pusingan (60km)', bukan tiga pusingan sejauh 90km seperti yang dikehendaki.

Pengguna media sosial berkenaan berkata, Syed Saddiq tidak mungkin melengkapkan acara tersebut dalam tempoh dua jam 37 minit, memandangkan beliau mengambil masa tiga jam 31 minit dalam acara sama ketika perlumbaan Ironman pada Mei.

Susulan itu, pengguna media sosial lain menggesanya menunjukkan data yang direkodkan pada aplikasi penjejakan larian dan berbasikal Strava.

Sebagai respons, Syed Saddiq menunjukkan rekod Strava yang merakam beliau menamatkan perlumbaan dalam masa lima jam 47 minit.

"Saya tak kongsi (rekod ini) lebih awal kerana ada beberapa 'fakta' tak tepat. Sebagai contoh, Apple Watch menunjukkan saya hanya berenang sejauh 100m, sedangkan jarak (sebenar) seperti dirakam perlumbaan ialah 2.25km.

"Pada masa sama, masa berjalan yang didaftarkan juga lebih lewat daripada yang dilaporkan. Itulah sebabnya saya tunggu data rasmi," katanya.

"Ini kesilapan tak disengajakan di pihak saya. Walaupun menyemak semula isu ini semasa perlumbaan dan memaklumkan kepada pasukan teknikal, saya sepatutnya lebih bertanggungjawab sebagai peserta," katanya. - Oleh Wartawan FMT

Tiada ulasan: