"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 rakan cedera terkena tembakan di belakang pasar raya

Mohd Roji Kawi
am@hmetro.com.my

Kuching: Polis giat mengesan suspek yang melepaskan tembakan sehingga menyebabkan tiga lelaki cedera di Padawan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, kejadian tembakan dipercayai menggunakan senapang patah itu berlaku di belakang pasar raya di Batu 19, Jalan Kuching-Serian, awal pagi tadi.

Mohd Irwan berkata, pihaknya menerima laporan insiden berkenaan pada 1.57 pagi daripada seorang lelaki berusia 26 tahun yang memaklumkan tiga rakannya terkena tembakan.

"Siasatan mendapati tiga lelaki berusia antara 24 hingga 25 tahun mengalami kecederaan di bahagian badan akibat tembakan.

"Kesemua mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat).

Tiada ulasan: