"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kumpulan lelaki bertopeng, bersenjata rompak pekebun

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my
Polis menyiasat lokasi kejadian seorang pekebun disamun pagi tadi - Foto ihsan PDRM
Polis menyiasat lokasi kejadian seorang pekebun disamun pagi tadi - Foto ihsan PDRM
KUALA KRAI: Sekumpulan 10 lelaki bertopeng dan menyamar sebagai polis menyamun seorang pekebun di Kampung Lepan Anjung, Stong Dabong, di sini, hari ini membabitkan kerugian kira-kira RM80,000.

Selain bersenjatakan objek menyerupai pistol, kumpulan terbabit juga bersenjatakan parang ketika menyamun pekebun berusia 40 tahun itu.

Mereka melarikan barang berharga dan sebuah pacuan empat roda milik mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat, berkata sekumpulan lelaki bertopeng itu dikatakan menendang pintu sebelum menceroboh bangsal yang didiami mangsa.

"Kumpulan suspek terbabit memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan salah seorang daripada mereka memegang objek menyerupai pistol.

"Suspek turut mengacukan parang di leher mangsa sambil memaklumkan mangsa sudah melakukan kesalahan jenayah dan akan ditangkap.

"Tangan mangsa turut digari dan kaki diikat menggunakan tali. Selepas itu suspek mengambil barangan milik mangsa termasuk wang tunai RM7,000, telefon bimbit, dua jam tangan berjenama dan sebuah kereta Toyota Hilux," katanya dalam kenyataan media di sini.

Mengulas lanjut katanya, akibat kejadian itu mangsa dianggarkan mengalami kerugian RM80,000.

Justeru katanya, saksi yang melihat atau mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh tampil memaklumkan kepada pihak polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan," katanya.

Tiada ulasan: