"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Veteran Umno Shahrir Samad: bbKeputusan Johari boleh 'makan diri' buat kerajaan

Malaysiakini 

Veteran Umno Shahrir Samad mengingatkan keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul untuk tidak mengosongkan kerusi yang dipegang enam bekas ahli Parlimen Bersatu boleh memberi kesan buruk kepada kerajaan.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, Shahrir mengkritik apa yang disifatkannya sebagai keputusan atas "kepentingan sendiri", bukannya berdasarkan prinsip.

"(Justeru) jangan terperanjat apabila keadaan sama boleh terkena kepada diri sendiri. Tiada apa sekarang yang (dapat) menghalang pertukaran sokongan tanpa meninggalkan parti.

"(Ahli parlimen) tak lompat, hanya 'terkeluar' dari parti sebab (mereka) menyokong kepimpinan perdana menteri," kata bekas ahli Parlimen Johor Bahru itu.

Enam ahli parlimen tersebut sebelum ini menyuarakan sokongan kepada Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, sekaligus bertentangan dengan pendirian Bersatu selaku pembangkang.

Mereka adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Hari ini, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengesahkan Johari memutuskan kerusi yang dipegang mereka kekal, serta “memberi alasan remeh” untuk tidak membuat keputusan berkenaan Suhaili kerana dia telah memulakan tindakan mahkamah.

Dia juga menyifatkan Johari telah mengkhianati semangat dan hasrat murni pindaan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang ahli Parlimen melompat parti.

Berkenaan lima ahli Parlimen yang lain pula, surat Johari - yang dilihat Malaysiakini - menyatakan peraturan Bersatu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan peraturan Parlimen yang menjamin hak mereka untuk bersuara, berbahas dan mengundi.

Mengulas perkara itu, Shahrir membayangkan ahli Parlimen yang menyokong Anwar juga boleh menarik balik sokongan mereka tanpa meninggalkan parti masing-masing.

"Keputusan ini tidak menjamin kestabilan politik," katanya lagi.

Tiada ulasan: