"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lima termasuk tiga kanak-kanak cedera dalam serangan pisau

Bernama-Xinhua

Beijing: Lima individu termasuk tiga kanak-kanak, cedera dalam serangan pisau di Beijing pada Isnin, menurut pihak polis seperti yang dilaporkan oleh Xinhua.

Serangan itu berlaku sekitar 3.20 petang di Daerah Haidian, mengakibatkan lima pejalan kaki cedera.

Suspek ditahan oleh pihak polis.

Mereka yang cedera dihantar ke hospital dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.

Siasatan lanjut sedang dijalankan.

Tiada ulasan: