"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemilihan Ketua Pemuda Bersatu siapa yang menang

Saya pun berdebar, kata Zahin Zainal
Anne Muhammad

PETALING JAYA: Pengerusi Tetap Pemuda Bersatu Akmal Zahin Zainal Zahir yang ketika ini tidak rasmi menang jawatan ketua sayap itu menyerahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) untuk membuat keputusan.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang menunggu maklumat daripada JPP mengenai keputusan rasmi selepas pencabar Adun Gombak Setia Hilman Idham turut mendakwa memenangi jawatan itu.

“Selagi mana tak ada yang pasti daripada JPP saya tak boleh nak komen. Saya juga tak boleh komen mendahului JPP. Saya pun berdebar kerana saya pun tak tahu keputusan apa,” katanya kepada FMT.

Keputusan setakat ini dikeluarkan pusat penjumlahan undi Pemuda menunjukkan Zahin memperoleh 2,432 undi, hanya perbezaan 76 undi mengatasi Hilman yang mendapat 2,356 undi.

Sejurus berita mengenai kemenangan Zahin tersebar, jemputan untuk sambutan kemenangan Hilman dikongsikan dalam kumpulan WhatsApp Penerangan Media PN.

Jemputan itu menyatakan keputusan tidak rasmi ‘membuktikan’ Adun Gombak Setia memenangi jawatan ketua Pemuda Bersatu.

Bagaimanapun, jemputan itu dipadam daripada kumpulan WhatsApp tersebut.

Terdahulu, Pengerusi JPP Abdul Azim Mohd Zabidi menyeru semua pihak tidak membuat pengumuman atau spekulasi mengenai kemenangan sehingga kenyataan rasmi dibuat.

Katanya, keputusan muktamad bagi pemilihan jawatankuasa sayap Pemuda dan Wanita akan diumumkan dalam waktu terdekat selepas semakan pematuhan peraturan pemilihan dan tatacara pengundian dan penjumlahan undi yang teratur serta memperhalusi semua bantahan dan aduan.

Tiada ulasan: