"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KWSP jual saham MAHB pada harga rendah menyebabkan rugi RM500 juta?

MCA, Gerakan gesa siasat KWSP jual saham MAHB pada harga rendah

Malaysiakini 

MCA menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyiasat keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjual saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) pada harga rendah dan membelinya semula pada harga premium dalam tempoh singkat

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Quek Tai Seong menegaskan pihak berkuasa perlu menyiasat jika terdapat unsur perdagangan orang dalam (insider trading) dalam urusan jual beli saham tersebut.

"Dari perspektif operasi pasaran saham, penjualan sejumlah besar saham pada harga rendah sebelum penswastaan dan membelinya semula pada harga tinggi sejurus selepas itu mewujudkan jurang harga yang ketara, memberikan ruang untuk keuntungan besar.

"Tidak mustahil wujudnya perjanjian sulit antara pembeli dan penjual bagi memudahkan perdagangan orang dalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 14 Januari, Presiden MCA, Wee Ka Siong, turut menggesa siasatan dijalankan, dengan menyatakan kemungkinan terdapat kelemahan dalam pengurusan maklumat dan perancangan KWSP jika badan itu menjual saham tanpa menyedari rancangan penswastaan MAHB.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata jika perkara itu dilakukan secara sengaja, ia mungkin mencerminkan kurangnya ketelusan KWSP atau disebabkan kepentingan pihak tertentu.

KWSP rugi RM500 juta

Sementara itu Presiden Gerakan, Dominic Lau berpendapat Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga perlu menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kerugian sebanyak RM500 juta KWSP.

“Saya bersetuju bahawa untung rugi dalam pelaburan atau urus niaga di pasaran saham adalah perkara biasa. Namun, jika dana tersebut datang daripada rakyat, kerajaan tidak seharusnya berkompromi dalam menjalankan siasatan yang menyeluruh, memastikan ketelusan urus niaga ini dan melaporkan hasilnya kepada umum.

“Sama ada rugi atau kurang untung RM500 juta ini, ia tetap akan menjejaskan dividen KWSP, sekali gus merugikan ahli-ahlinya”.

Katanya, jika pelaburan Fashion Valet Sdn Bhd oleh Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengalami kerugian RM43.9 juta memerlukan campur tangan SPRM.

“Maka kerugian yang dialami KWSP dalam siri urus niaga ini yang lebih 11 kali ganda jumlah tersebut, iaitu RM500 juta, tidak boleh diabaikan tanpa sebarang tindakan,” katanya.

KWSP pertahan keputusan

Semalam, KWSP mempertahankan keputusannya dengan menyatakan bahawa langkah itu selari dengan objektif pelaburannya yang lebih luas dan bertujuan untuk menjana pendapatan bagi pembayaran dividen dalam tahun kewangan semasa.

KWSP juga menyatakan bahawa keputusan terbarunya untuk membuat tawaran am sukarela bagi saham MAHB pada harga RM11 sesaham sebagai sebahagian daripada konsortium itu mencerminkan rancangan strategik jangka panjang untuk mencapai pertumbuhan dan pulangan yang mampan.
Ds
Bagaimanapun, Quek mendakwa KWSP mengalami kerugian sebanyak RM500 juta selepas menjual saham MAHB pada harga rendah dan membelinya semula pada harga tinggi.

Dia juga menegaskan bahawa isu ini tidak boleh diketepikan dengan alasan "pelaburan strategik jangka panjang".

"KWSP berhutang penjelasan kepada orang ramai, terutama kepada 16 juta ahlinya yang terkesan secara langsung," kata Kua.

Pemimpin MCA itu juga menyatakan kehairanan mengapa KWSP membuat keputusan itu ketika terdapat pelbagai khabar angin dalam pasaran mengenai kemungkinan MAHB akan diswastakan dan dinyahsenarai.

"Kebiasaannya, langkah sebegini melibatkan pembelian balik mandatori pada harga tinggi, dan pemegang saham yang terus menyimpan saham mereka akhirnya akan meraih keuntungan besar.

"Namun, keputusan KWSP untuk menjual saham pada harga rendah bercanggah dengan logik pelaburan, menyebabkan kerugian yang tidak sepatutnya kepada ahlinya," kata Quek.

KWSP menjadi pemegang saham MAHB sejak 30 November 1999, ketika syarikat itu disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada harga RM2.50 sesaham.

Tiada ulasan: