Malaysiakini
Tentera Israel melancarkan serangan ke Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 40 orang, beberapa jam selepas Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Mohammed Abdulrahman, mengumumkan kejayaan pengantara mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Menurut laporan Aljazeera, peluru dilepaskan di kawasan lapang dalam komuniti Nir Am di selatan Israel, berhampiran Semenanjung Gaza, dengan memetik kenyataan tentera Israel di laman X.
Serangan itu dilakukan ketika kabinet Israel dijangka mengadakan mesyuarat pada Khamis untuk mengundi perjanjian gencatan senjata tersebut.
Aljazeera turut memetik laporan The Times of Israel yang menyatakan serangan itu menyebabkan siren berdekatan sempadan dibunyikan.
Dalam sidang media yang diadakan di Doha baru-baru ini, Mohammed berkata fasa pertama perjanjian gencatan senjata akan berlangsung selama 42 hari dengan pelaksanaanya dijangka bermula Ahad ini.
Menurutnya perjanjian itu melibatkan pembebasan 33 tahanan Israel sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin yang tidak dinyatakan jumlahnya.
Sejak 7 Okt tahun lepas, serangan Israel di Gaza mengorbankan 46,707 rakyat Palestin dan mencederakan 110,265 yang lain.
Sekurang-kurangnya 1,139 orang terbunuh di Israel dalam serangan Hamas, manakala 200 lagi dijadikan tahanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan