"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika pasang talian internet

Juwan Riduan
am@hmetro.com.my
Anggota bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian di Jalan Bambangan, Membakut. FOTO Ihsan Bomba
Anggota bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian di Jalan Bambangan, Membakut. FOTO Ihsan Bomba
Membakut: Seorang pekerja kontrak maut selepas terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Jalan Bambangan, di sini, petang tadi.

Mangsa lelaki berusia 19 tahun dipercayai terkena renjatan ketika melaksanakan kerja memasang talian internet sebuah syarikat telekomunikasi berhampiran kabel elektrik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.20 petang.

"Sebaik tiba di lokasi didapati terdapat seorang lelaki terkena renjatan elektrik dan menurut rakannya, mangsa terkena renjatan ketika menjalankan memasang talian internet berhampiran kabel elektrik.

"Mangsa telah dihantar ke hospital oleh rakan sekerjanya sebelum ketibaan pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di hospital oleh doktor yang bertugas," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi dijalankan membabitkan lima anggota bersama sebuah jentera.

"Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 5.12 petang," katanya.

Tiada ulasan: