"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pokok tumbang di KL, 2 dikejar ke hospital

Osmond Mah

Kesesakan dijangka berlaku dari Jalan Hang Tuah ke Jalan Dewan Bahasa dan Jalan Maharajalela.
Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata ia sedang bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk membersihkan pokok tumbang di Jalan Pudu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Seorang wanita dan remaja cedera selepas pokok tumbang dekat Hotel Swiss-Garden Bukit Bintang di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, laporan diterima pada 10.44 pagi dan ia sedang bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membersihkan pokok itu.

“Wanita itu berusia 39 tahun, manakala remaja perempuan berusia 15 tahun. Kedua-duanya sudah dihantar ke hospital,” kata jurucakap JBPM.

Astro Radio Traffic melaporkan trafik terhalang di kedua-dua arah Jalan Pudu dan kesesakan dijangkakan dari Jalan Hang Tuah ke Jalan Dewan Bahasa dan Jalan Maharajalela.

Mei lalu, DBKL berkata, ia menjadualkan penebangan untuk 28 pokok yang dikenal pasti “berisiko tinggi”.

Menurutnya, ia akan menugaskan empat kontraktor untuk penyelenggaraan pokok di setiap kawasan Parlimen di ibu negara.

Ini susulan kejadian 7 Mei lalu selepas sebatang pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail menyebabkan seorang pemandu maut terperangkap dalam keretanya dan mencederakan dua lagi dalam kenderaan lain.

Ia disusuli sebatang pokok tumbang di Jalan Pinang ketika hujan lebat pada 13 Mei 2024 yang menyebabkan jalan itu ditutup sementara.

Dalam kejadian berasingan pada 27 Mei tahun lalu, sebatang pokok di Jalan Puchong tumbang menghempap ​​tujuh kereta dekat lot kedai.

Tiada ulasan: