"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

44 ditahan kes rogol remaja perempuan

BERNAMA

New Delhi: Polis di Kerala, selatan India menahan 44 lelaki yang didakwa merogol seorang remaja perempuan dalam tempoh enam tahun.

Mangsa yang berusia 18 tahun itu mendakwa kira-kira 60 lelaki telah melakukan penderaan seksual terhadapnya.

Polis pada Selasa memaklumkan pihaknya kini sedang memburu lebih ramai suspek yang terlibat dalam kes yang berlaku di daerah Pathanamthitta, Kerala.

Antara yang ditahan termasuk jurulatih sukan, rakan sekelas, dan penduduk dari kampung mangsa, menurut laporan media tempatan.

Kes terbongkar baru-baru ini selepas para guru menyedari tingkah laku luar biasa gadis itu dan melaporkannya kepada jawatankuasa kebajikan kanak-kanak.

Mangsa memberitahu polis bahawa dia menjadi mangsa rogol berkumpulan sekurang-kurangnya lima kali, lapor The Indian Express.

Tiada ulasan: