"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Semua dia nak ulas, MP Pas ini dicemuh menyalak isu MAHB

Harapandaily

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari hari ini mengundang cemuhan orang ramai apabila cuba mengulas isu penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan antara lain dikecam warga maya memandangkan dia dianggap tiada latar pengajian tinggi dalam bidang ekonomi.

Netizen turut berpendapat pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu tidak layak mengupas isu MAHB lantaran kawasan diwakilinya pun masih tertinggal dari segi pembangunan.

Reaksi warganet itu dapat dilihat di ruangan komentar menerusi hantaran Ahmad Fadhli di Facebook yang menasihati pemegang saham MAHB.

“Pemegang saham MAHB, jangan jual saham anda kepada GDA (Gateway Development Alliance Sdn Bhd)!

“Tawaran RM11 sesaham langsung tak setimpal dengan nilai sebenar MAHB, yang mempunyai potensi besar dalam sektor penerbangan dan pelancongan.

“Bayangkan keuntungan jangka panjang yang dilepaskan jika anda terima tawaran ini.

“Mereka dah dua kali lanjutkan tarikh sebab belum cukup 90% – itu tanda mereka sangat terdesak,” katanya.

Wakil rakyat Pas itu juga memaklumkan akibat yang akan diperoleh sekiranya GDA memperoleh kawalan penuh dalam pegangan saham.

“Kalau mereka dapat kawalan penuh, anda mungkin hilang suara dalam syarikat.

“Ingat, MAHB bukan sekadar syarikat biasa; ia aset negara yang patut kita jaga bersama.

“Jangan jual murah-murah. Pegang saham anda, terus percaya pada masa depan yang lebih cerah!” tulis Ahmad Fadhli lagi.

Setakat 8 Januari lalu, GDA menguasai 84.1 peratus daripada jumlah saham terbitan dalam MAHB.

Tiada ulasan: