"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mangsa pemerdagangan manusia warga Yaman kutip RM3,000 sehari

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
Antara lapan warga Yaman yang dipercayai anggota sindiket pengemis ditahan dalam Ops Pintas Khas di sekitar Kuala Lumpur dan Klang, Selangor kelmarin.  ihsan PDRM
Antara lapan warga Yaman yang dipercayai anggota sindiket pengemis ditahan dalam Ops Pintas Khas di sekitar Kuala Lumpur dan Klang, Selangor kelmarin. ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Sindiket pengemis disyaki mengeksploitasi kanak-kanak di sekitar Bukit Bintang, di sini dan Klang, Selangor dipercayai mampu mengutip sehingga RM3,000 sehari.

Kegiatan itu dikesan menerusi Op Pintas Khas yang dilaksanakan Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran - ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di dua lokasi berkenaan, kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah, D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata lapan suspek disyaki ahli sindiket yang terdiri daripada warga Yaman ditahan dalam operasi bermula 10 malam itu.

"Dalam serbuan yang sama, turut berjaya menyelamatkan tujuh mangsa pemerdagangan manusia eksploitasi buruh paksa (kanak-kanak di bawah umur).

"Suspek disyaki kumpulan penjenayah yang mengeksploitasi kanak-kanak bagi tujuan mengemis dipercayai aktif sejak September 2024 hingga kini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kumpulan berkenaan akan mula mengemis secara berkumpulan bermula 6 petang hingga 3 pagi.

Soffian berkata, sindiket berkenaan dianggarkan mampu mengaut keuntungan kira-kira RM2,500 hingga RM3,000 setiap hari.

Katanya, tujuh kanak-kanak lelaki diselamatkan berusia lingkungan satu bulan hingga 16 tahun manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di mana kesemua mangsa merupakan warga Yaman.

"Kesemua mangsa diselamatkan mengikut Seksyen 44(1) Akta ATIPSOM 2007 (Akta 670) manakala tindakan ke atas lapan suspek mengikut Seksyen 14 Akta ATIPSOM 2007.

"Kesemua suspek merupakan warga Yaman iaitu enam lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun," katanya.

Tiada ulasan: